Sunday, October 06, 2013

NST Autoshow 2013

Assalamualaikum...

Tengok banner kat atas tu, mesti korang dah boleh agak apa yang aku nak share kali ini kan? NST Autoshow 2013 kembali lagi. Seperti tahun lepas, event ini diadakan diMenara MATRADE, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 4 - 6 Oktober 2013 (Jumaat - Ahad). NST-Maybank Car of the Year (COTY) Awards 2013 turut diadakan dengan 90 model kereta yang berada dalam pasaran Malaysia bertanding untuk 'Best in Class' yang terbahagi kepada 15 kategori.

Pelbagai jenama dan jenis kereta yang dipamerkan seperti Proton dan Perodua bagi pengeluar kereta Malaysia. Selain itu, kereta-kereta daripada jenama Volkswagen, Hyundai, Chevrolet, Jaguar, Mitsubishi, Honda dan Ferrari turut ada. Memang rambang matalah nak lihat satu persatu kereta yang dipamerkan sebab semuanya cantik-cantik belaka. Daripada kereta yang telah berada dipasaran hinggalah kereta yang bakal dipasarkan, semuanya ada. Selain itu, ada juga promosi penjualan kereta. Hmm..mesti ada tawaran menarik tu.

Oh ya..yuran untuk masuk ke pameran ini hanyal RM5 dan percuma bagi pemegang kad Mesra Petronas. Bagi staff MATRADE, hanya perlu pakai pas kerja untuk ke exhibition tu. Hehehe..untung untung. Sempat jugalah aku turun pergi tengok exhibition ni semalam. Maklumlah, waktu rehat kan. Tapi tak lama pun, sekejap sebab aku tak pandai sangat bab-bab kereta. Tapi sempatlah juga snap gambar kereta-kereta yang dipamerkan.

Selain kereta, ada juga Malaysia Automotive Institute, Plus dan Petronas buka booth kat situ. Bagi korang yang minat bab-bab kereta tu, silalah datang ke Autoshow ni. Ahad ni adalah hari terakhir tau. So, jangan lepaskan peluang untuk lihat kereta-kereta cantik yang dipamerkan. Entrance fee pun tak mahalkan, RM5 je. Kalau tak beli pun, boleh test drive kereta yang ada. Hehehe. Okaylah, setakat disini sahaja ya.

Okay...till meet again

9 comments:

  1. Wah.. Syok ni.. Blh ajak hubby g.. Dia minat la bab2 kete nih..

    ReplyDelete
  2. wah, best nie kak..fizi mohon kebenaran copy 2 gambar model suprima ye kak...nk buat rujukan dalam kelas model making nanti :)

    ReplyDelete
  3. Maria: Haa kak..pegi la kak. Mana tau boleh dapat tawaran menarik nak beli keta. :)

    Fizi: Boleh dik..silakan ya

    ReplyDelete
  4. wahhhh bestnya dapat tengok kereta cantik2 n power :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh bestnya dapat tengok kereta cantik2 n power :)

    ReplyDelete
  6. Anim.. Anim.. nak gitau ni.. teman minat yang merah tuuu.. belikan teman boleh? ekekekekek

    ReplyDelete
  7. Acik: Kan..kalau dapat sebiji lagi best

    TB: Boleh je..tapi teman belikan yg menan je le ya..hahaha

    ReplyDelete
  8. hehehe...kereta...kalau kasi Porsche mau sally tak blk...tdo situ! Porsche Cayenne!!

    ReplyDelete

My friend say: