Thursday, October 17, 2013

Kembar Oh Kembar

Assalamualaikum...
Kalau semalam aku ada post entri Wordless Wednesday berkaitan dengan kembar, hari ini aku nak share gambar anak saudara aku terbaru juga kembar. Kali ini kembar lelaki. Kembar ini anak kepada abang sepupu aku yang tinggal di Perak. 

Kembar ni yang gebu tu namanya Syakir dan yang kurus tu namanya Syazwi. Berusia dalam lingkungan tujuh bulan tak silap aku. Kenapa aku share gambar ni? Sebab mereka ialah generasi kembar paling latest dalam keluarga mak aku. Oh ya, lupa nak bagitau yang dalam kaum keluarga belah mak aku memang ramai kembar tau. Dari yang tua sampai ke muda memang ada kembar. Kembar perempuan, kembar lelaki dan juga kembar sepasang. Salah satu daripada mereka ialah aku dan cik kembar, Ain. Hehehe

Kalau dulu aku pernah ceritakan tentang diri aku yang dilahirkan sebagai kembar. Actually aku terbaca entri blogger Nick Nashram pasal Kembar Blogger Nick Nashram, tu yang aku terfikir nak taip entri kembar ni. Hahaha. Aku tak ingat total ada berapa pasang kembar dalam keluarga belah mak aku sebenarnya sebab dah ramai sangat kekdahnya. Kata orang kalau dilahirkan kembar, potensi untuk aku dapatkan anak kembar tu tinggi. Waahh..kalau aku kahwin dan mengandung, agak2 dapat anak kembar dulu ke? Kih kih kih
Tak dapat nak bayang. Kembali kepada kembar dua orang ni, Syakir dan Syazwi, masa dilahirkan memang berbeza saiz. Syazwi yang berbaju kuning tu, masa baru lahir memang gebu sesangat manakala Syakir pula kurus. Akan tetapi semakin membesar sekarang sudah terbalik. Syazwi dah jadi kurus tetapi Syakir pula gebu. Berat dorang pun berbezalah kan. 

Syazwi ni mulut dia becok sikit dan tak reti duduk diam. Time aku tengah dukung dia, siap panjat badan aku. Hambik kau. Sampai ke dada kaki dia panjat aku. Nasiblah budak kecik, kalau budak besar, pengsanlah maksu dia ni. Hehehe. Tapi aku suka melayan dia sebab aku pun jenis riuh juga kalu melayan budak-budak kecik. Mungkin sebab itu anak buah aku, Aisyah selalu cakap, "Cu Anim ni suka bebel". Hahaha

Kembar Syazwi, Syakir ni pulak budaknya diam je. Tak terlalu aktif macam Syazwi ni. Baik je, senyum je kalau dukung. Korang acah dia pun dia senyum. Gelak pun tak keluar suara. Alahai, sopannya kau budak kecik. Kembar aku suka sangat dukung Syakir tu. Syakir ni, korang letak dia kat lantai sorang-sorang pun dia relax je. Layan perasaan main sensorang. Kekekeke. Tapi kalau nak dukung dia kena kuat tangan sebab hantap badan dia.

Tengok budak dua orang ni aku teringat kat Mak aku. Macam manalah dia nak menjaga kitorang dua orang masa kecik dulu. Dengan abah yang sakit lagikan. So, aku faham sangat perasaan mak budak berdua ni bila nak jaga kembar ni. Harap kembar Syakir dan Syazwi ni akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat parents. Sekian dulu cerita aku ya.

Okay...till meet again

IKLAN

12 comments:

  1. bestnya..d3 keturunan kembar de hrpn nk dpt ank kmbar..

    ReplyDelete
  2. Eh eh.
    Sama ngan nm shark le sorg tu.
    Hehe.
    Cuma huruf y je berbeza.

    ReplyDelete
  3. alala comelnya la nie baby kembar...bestnya da keturunan kembar ;)

    ReplyDelete
  4. saya pun ada anak kembar sepasang dah remaja pun....

    ReplyDelete
  5. suka tengok pasangan kembar ni.. biasanya kalau keluarga ada kembar, mesti ada juga saudara2 yg kembar kan :)

    ReplyDelete
  6. comel..klu sy ade jodoh + brkahwin..sy pun nak anak kembar.. :)

    ReplyDelete
  7. Bestnya anak kembar.. teringin nk ada anak kembar jugak..hehehe

    ReplyDelete
  8. Kalau ada rezeki dpt anak kembar, siapa yg tak nak hehe...comel jer

    ReplyDelete
  9. bestnya ada genetik kembar.saya teringin nak anak kembar jugak.hehe.hari ahad n nak pergi kenduri aqiqah baby kembar anak officemate. :D

    ReplyDelete
  10. bestnya ada genetik kembar.saya teringin nak anak kembar jugak.hehe.hari ahad n nak pergi kenduri aqiqah baby kembar anak officemate. :D

    ReplyDelete

My friend say: