Friday, October 04, 2013

Kebaikan Sarapan Pagi

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penuh barakah buat semua. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita, Rasulullah SAW. Dah sampai ofis ke? Dah breakfast? Haa..jangan lupa bersarapan ya sebelum mulakan kerja. Nanti masuk angin perut tu kang..siapa yang susah? Kalau tak rajin makan pagi pun, didiklah diri tu makan pagi ye sebab bersarapan ni banyak kebaikannya. Nak tahu apa kebaikan bersarapan pagi? 
1)MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN
Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
2)KURANGKAN BERAT BADAN
Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
3)TINGKATKAN DAYA TUMPUAN
Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.
4)CEGAH SAKIT JANTUNG
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.
Haa..kan banyak tu kebaikan bersarapan pagi. Oh ya, kalau bersarapan tu elok kalau makan makanan yang punya kandungan serat, protein dan kalsium. Kalau makan cereal dengan susu pun okay tau. Sedap tu. 

Korang makan apa pagi ni? Aku makan nasi goreng dan air limau suam. Nyum nyum..Alhamdulillah. So, jangan lupa breakfast ya.

Never Skip Breakfast ya

Okay...till meet again.

sumber info: nona.karangkraf.com

13 comments:

  1. morning twin! hehe nama kiter sama kan? :D

    akak breakfast minum milo ngan air suam je dik. Ikat perut sikit pagi ni, tghari kang baru kita kenduri besar hehehe :D

    ReplyDelete
  2. dulu masa belajar selalu skip sarapan pagi.


    sekarang duk kmpg mmg x pernah skip laa.. mak selalu panggil suruh breakfast.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Hai..salam jumaat dan salam kenal..betul tu,sarapan pagi memang banyak kebaikannya..:)

    ReplyDelete
  4. salam jumaat...akak dah breakfast..pagi2 memang wajib ambil nie..baru boleh buat kerja..

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat..harus makan pagi..klu tak mng tak tenteram hati ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. betol tu ainim. saya tak pernah skip breakfast ;)

    ReplyDelete
  7. info yang baik.. selalu juga lupa bersarapan pagi..

    ReplyDelete
  8. woah...sape yg skip breakfast tu mmg sgt kental...sally tak boleh kalau tak makan :P

    ReplyDelete
  9. mak selalu sediakan breakfest. nice sharing ya


    recent post : Semangat Header & Logo Baru

    ReplyDelete
  10. Sarapan lagi pntg dr mknn tgh hari... Nice sharing..

    ReplyDelete
  11. saya tak kira pagi ke, tengahari ke makan je.. tapi time pagi mmng kuat laparnya.. opkos kena mkan..hehe

    ReplyDelete

My friend say: