Thursday, October 10, 2013

Hari Usahawan SK Taman Setia

Assalamualaikum...

Program yang aku nak bercerita kali ini kira out dated tau sebab program ni telah diadakan pada 21 September 2013. Aku terlupa nak up entri ni. So, mari kita teruskan cerita.

21 September 2013 lepas, aku pergi ke Hari Usahawan SK Taman Setia. Haa...jangan salah faham. Sebenarnya aku temankan anak buah aku, Aisyah ke Hari Usahawan tu. Saja je nak luangkan masa dengan si kecik tu. Rindu nak jumpa buah hati keluarga Rashid la katakan. Aku gerak dari rumah dalam pukul 830am ke Taman Melati. Sampai je, parking kereta aku dan gerak ke sekolah tu jalan kaki je sebab dekat sangat rumah dengan sekolah tu. Aku bukan berdua je dengan Aisyah, tetapi kakak dan abang ipar aku pun ada sekali la.

Sampai je kat sekolah tu, terus je bawa Aisyah beli lagi kupon sebab kat Hari Usahawan tu, duit tunai tak diterima dikebanyakkan gerai kecuali sesetengah gerai je yang terima duit tunai. Aku beli lagi lima buku kupon yang mana sebuku berharga RM3. So, Aisyah pun beli lagi tiga sebab dia dah ada dua buku kupon. So, kiranya ada 10 buku kuponlah. Dah ada kupon, apa lagi kan, time to shopping. Eceh. 

Oh ya. Selain gerai-gerai yang menjual makanan, banyak juga aktiviti yang diadakan. Ada cabutan bertuah, rumah hantu, persembahan daripada Syada Amzah (adik Shila Amzah), pemeriksaan kesihatan pun ada. Selain tu ada juga tempat bermain ala-ala macam kat funfair tu. Jualan minuman kesihatan dan jualan pakaian terpakai pun ada tau. Kiranya memang meriahlah Hari Usahawan ni.

First thing si kecik ni nak buat ialah main game. Ish ish budak kecik ni. Takde benda lain dia nak buatkan. Tapi kakak dan abang ipar aku bagi syarat kat dia, kena beli makanan dulu baru boleh main. Hahaha.. kesian. So, Aisyah beli megi goreng dulu la. Aku tengok je dulu sebab takde rasa nak makan lagi. Lepas je abis makan megi, terus je bawa dia pegi main kuda. Haa..yang ni kena bayar tunai tau. RM5 untuk sekali naik. Time beratur tu, ada je la yang sibuk nak potong queue. Dah la aku yang temankan si kecik tu beratur, silap orang la diorang nak potong queue kan. Hello, makcik Ecah ni jangan dibuat main ok. Aku tak sound tapi aku pandang je dengan muka meluat. Ok..silalah faham sendiri ye kakak abang yang berhajat nak potong line tu. Hahaha

Lepas main kuda, kitorang bawa Aisyah beli makanan lagi. Dia boring sebenarnya sebab takde banyak sangat makanan yang dia suka kot. So, sudahnya makcik dia ni, mak dan ayah dia la yang dok beli itu ini. Kuponkan banyak, so kami memang berhajat nak abiskan terus kupon tu. Sementara tu, abang long bagi Aisyah kebenaran untuk bermain game yang disediakan. Kami? Duduk kat ruang rehat dan makan. Hahaha. Macam-macam jugalah yang kami dapat dengan jumlah kupon yang agak banyak tu. Burger, mee kari, nugget, kentang goreng, potato wedges, ais kerim, sate. Memang kenyanglah kata orang. 

Kami pulang ke rumah dalam pukul 12 pm macam tu la. Tapi sebelum tu sempatlah Aisyah dapat sebatang lagi ais kerim Walls. Pada aku Hari Usahawan ni memang mengingatkan aku pada hari Kantin sekolah dulu2. Ya lah, zaman dulu mana ada panggil Hari Usahawan, kita panggil Hari Kantin je. Tapi best juga sesekali imbas balik memori zaman kecik2. Kagum aku tengok budak-budak tu bantu cikgu berniaga. Bagus budak, kecik-kecik dah belajar meniaga. Nanti dah besar boleh buka business sendiri ya. Sekian dahulu entri untuk kali ini ya.


Okay...till meet again.

IKLAN

8 comments:

  1. Hi dear.. salam perkenalan..
    Jemput join contest kami di http://laishcloset4u.blogspot.com/p/vintage-contest.html ya..
    Boleh dapat hadiah best!! Ajak rakan-rakan lain sekali tau. The more the merrier =)

    ReplyDelete
  2. meriah :) nak naik kuda.. hihi. comel je kuda tu. ye la, untuk budak budak kan :)

    ReplyDelete
  3. nampak macam laksa...huwaaaa...tgh teringin mkn laksa ni :(

    ReplyDelete
  4. waahh.. bestnyaa.. dah lama x gi tempat2 camni.. hu2

    ReplyDelete
  5. wah beznye
    byk mknn dijual kat situ
    tmpt mandi tu pun ade gak
    kat tmpt yumida bende ni 1 jam rm15

    ReplyDelete
  6. maka teringatlah semlm berhempas pulas buat kek batik sbb anak buah nak jual kat sekolah . dlm pada kecoh2 tu x teringat nak snap photo ... waaa , terlepas satu entry ...

    ReplyDelete
  7. bestnya... nad pun lama da tak join nie huhu

    ReplyDelete
  8. tarikh yg sama.. cdgnya nk buat juga tapi x jadi plak.. buat hari kokurikulum...

    ReplyDelete

My friend say: