Sunday, October 06, 2013

Halfest 2013

Assalamualaikum...

Hari Sabtu, semalam kiranya ya, aku sempat singgah ke Halal Fiest Malaysia 2013 atau Halfest 2013. Aku pergi ke Halfest dengan adik Ridzuan selepas pulang dari kenduri kahwin Najib dan Ain. Okay..actually, plan asal kami hendak Nuffnang Foodfest kat Sunway Pyramid tetapi terpaksa dibatalkan hasrat berkenaan kerana kami kesuntukan masa. Oleh kerana KTM Serdang tu dekat je dengan The Mines, so, kitorang singgah je la kat situ.

Sampai di The Mines,  kami terus ke kaunter pendaftaran. Kami diberi borang untuk diisi sebelum sticker pelawat diberi. Sebaik je melangkah masuk ke dalam ruang pameran tu, first thing dalam kepala aku ialah, 'Eh, dah macam MIHAS pulak'. Hehehe. Cumanya Halfest ini lebih tertumpu kepada usahawan industri halal di Malaysia. Ada 12 negeri yang terlibat dan pameran ini berlangsung selama 5 hari. Selain makanan, teknologi memproses makanan secara halal pun ada juga dipamerkan. Selain itu, Islamic Fashion pun ada. Macam-macam program yang turut diadakan seperti pertandingan memasak. 

Ada juga artis yang hadir bagi program tertentu. Masterchef Musim Ke 2 pun ada mengendalikan pertandingan memasak dengan Jaafar Onn jadi pengacara. Aku yakin mesti ada dikalangan korang yang dah pun pergi ke Halfest ni kan. Selain harga makanan yang dijual dengan murah, banyak juga tawaran menarik daripada bank-bank yang mengambil bahagian.
Rendang Tok Mak Nik ni memang popular sejak aku kecik lagi. Siap masuk dalam Radio Perak dulu tau. Rasanya tetap sedap 
Booth paling aku suka sebab negeri kelahiran aku, Perak. Weeee
Aku ke Halfest memang sekadar nak melawat pameran ini dan bukan untuk shopping. Hanya RM3 je yang aku spend kat situ sebab nak beli Coolblog. Hahaha.. Mak aku pesan siap2 jangan beli apa2 sebab rumah dah banyak makanan. So, memang sekadar merasa makanan dan minuman je la disetiap booth yang aku kunjungi. Hehehe..aku dan wan pulang dalam pukul 530pm. Okaylah, setakat ini sahaja entri Halfest aku ya.
Pakcik ni memang buat aku terkejut sebab aku sangkan dia patung. Rupanya manusia betul. Pakcik ni kiranya Hang Tuah la. hehehe
Coolblog kegemaran aku. Chocolate paling sedap.hehehe
Kek lapis Sarawak. Sedap sangat

Okay...till meet again.

3 comments:

  1. bab merasa makanan ni memang best . kiter pon suka gak ^_^

    ReplyDelete
  2. hehehe..last2 tak g jugak ek Sunway :P

    ReplyDelete

My friend say: