Tuesday, October 22, 2013

Enviro Hunt Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013

Assalamualaikum...

Bersempena dengan sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013, Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Program Enviro Hunt pada 27 Oktober 2013 bertempat di Parkir Kenderaan Awam, Presint 4, Putrajaya. 

Maklumat program seperti dibawah. 

Minggu Alam Sekitar 2013

Syarat-syarat penyertaan:

  • PENYERTAAN ADALAH TERBUKA. 
  • SETIAP PASUKAN TERDIRI 5 PESERTA MENGIKUTI KATEGORI MASING-MASING. PENGLIBATAN PELBAGAI BANGSA DIALU-ALUKAN. 
  • SEMUA PESERTA HENDAKLAH MELALUI CHECK-POINT YANG DISEDIAKAN. 
  • JARAK LALUAN 1 HINGGA 3 KILOMTER DAN PESERTA PERLU MELALUI 5 CHECK POINT. SETIAP CP PASSPORT PERLU MENDAPAT COP DARIPADA MASHALL BERTUGAS. 
  • SEBARANG BANTAHAN SESEBUAH PASUKAN HENDAKLAH DISERTAKAN SURAT BERTULIS YANG DITANDATANGANI OLEH PENGURUS PASUKAN BESERTA WANG TUNAI RM300. 
  • PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEMALANGAN, KECEDERAAN, KEROSAKAN DAN KEHILANGAN HARTA BENDA PERSENDIRIAN. KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD.
Aku dah daftar bersama-sama 4 orang lagi member aku.Hehe. Enviro Hunt ni kiranya ala-ala explorace la. Korang kena selesaikan soalan-soalan misteri yang diberi dan yang paling penting, kerjasama antara ahli kumpulan tu yang diperlukan. Yelah, kita akan diberi soalan, kalau memandai-mandai nak jawab sendiri, nampak sangat selfish tu kan. Hehehe. Oh ya, lupa nak bagitau, Enviro Hunt ni terbuka dan hanya untuk 2000 peserta sahaja. So, kiranya first come first serve la.

Kalau korang berminat nak join program ni, sempat lagi rasanya kalau nak register. Cukupkan member tu 5 orang, then daftar terus ke laman web yang aku sertakan kat bawah ni. Haa..apa lagi, register cepat-cepat ya. Kalau korang hebat, boleh menang hadiah. Kalau nak maklumat lebih lanjut boleh call nombor-nombor yang tertera dalam gambar kat atas tu.


Okay...till meet again

7 comments:

My friend say: