Assalamualaikum...
Selamat hujung minggu semua. Okay, baru je dapat buka blog. Letih sangat hari ni sebab pepagi dah berlari terkejar-kejar jawab soalan masa Enviro Hunt Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013. Aku, Kak Aida, Ridzuan, Haziqah dan Marylene berada dalam satu kumpulan. Kami berkumpul ditempat perlepasan seawal pukul 7am. Tapi sebenarnya ramai je lagi yang tak sampai2.
![]() |
Muka excited nak join race |
Sebelum senamrobik, setiap ketua kumpulan kena jumpa marshall untuk dapatkan peta lokasi race pagi tu. Senamrobik diadakan kat pentas utama. Satu yang aku tak berkenan sebab ruang terhad untuk senamrobik ni. Jenuh jugalah nak gerak-gerak sampai asyik berlaga tangan dengan orang sebelah. Selesai senamrobik, kami dilepaskan beramai-ramai dan masa inilah aku nampak pelbagai ragam manusia. Orang tu cakap, tak perlu nak lari, jalan-jalan je sebab event ala-ala santai. Tapi biasalahkan, semangat juang terlebih tinggi, masing-masing nak lari. Hahaha
Sampai je kat Check point 1, kami diberi tugasan didalam sekeping envelope dimana kami perlu cantumkan kertas yang telah dipotong menjadi bahagian kecil. Nak komplen sikit time ni. Memandangkan masa tu ramai peserta, situasi jadi kelam kabut sebab masing-masing berebut nak tunjuk jawapan. Sekretariat dia yang sorang tu agak tak professional bila dia marah-marah peserta. It's normal bila masing-masing berusaha nak menang. As a secretariat, dialah yang kena pandai control situasi tu bukannya bebel marah peserta. Memang betul ada salahnya juga peserta bila masing-masing berebut but if she knows how to control the situation, keadaan takde la kelam kabut seperti di checkpoint seterusya.
Thanks to Haziq sebab dia yang pergi redah time tengah kelam kabut tu. Hahaha. Cayalah ko Ziq. Setel je Check Point 1, kitorang terus lari ke Check Point 2 dan disana kami diberi tugasan seterusnya. Tak pulak tetibekan. Setel kat situ kami terus ke Check Point 3. Kami kena cari ayat dalam surat khabar. Nasib yang tu senang je. Seterusnya ke Check Point 4 kami diberi satu bahagian lagi kertas dan diarahkan untuk terus ke Check Point 5.
Semasa kat Check Point 5 tu, kami kena cantumkan bahagian kertas yang kami dapat daripada setiap check point dan dalam kertas tu terdapat 4 barang yang kami perlu cari iaitu, tin, kertas, surat khabar dan botol. Haa..apa lagi time tu juga Haziqah dan Marylene berlari gi cari tin dan botol sementara aku cari kertas. Alhamdulillah setel je semua barang kami dapat, berlari terus ke penamat. Masa tu yang best sebab lepas tu kami dapatlah medal dan sijil penyertaan. Hahaha
Letih punya pasal, terus cari tempat duduk. Dah la panas membahang, dengan perut lapar. Kami diberi sarapan pisang dan roti gardenia juga air kotak. Jadilah kan. Hahaha. Sementara nak tunggu event habis, kami gi cari makanan yang dijual kat situ. Sempatlah sambar ais kerim. Hehehe. Kitorang mulanya nak tunggu event sampai ke kemuncak. Konon nak tau sapa dapat hadiah, tapi batalkan hasrat sebab masing-masing dah bosan. So, begitulah kisahnya hari ni.
Penat dapat, sihat pun dapat, tak gitu. Ehehehe. Alhamdulillah, teamwork kitorang memang best. Haziqah dan Marylene memang dahsyat. Budak UPNM la katakan. Stamina tinggi kot. Dorang lari tak terkejar akak-akak sekalian. Hahah. Okaylah, sekian dulu ya.
Okay...till meet again.
Dah lama tak join treasure hunt...paling best setiap kali kita orang join mesti gaduh..he..he
ReplyDeleterajin bbnor berjalan! :)
ReplyDelete