Tuesday, October 08, 2013

Bahana Facebook


Assalamualaikum...

Rasanya mungkin ramai dikalangan kalian dah tonton video ni kat Facebook. Video ni dah jadi viral kot sebab ramai yang pakat share video Bahana Facebook ni. Aku pun tak ketinggalan turut tonton video ni sebab nak tahu apa kandungan video ini. 

Video ini sememangnya perlu ditonton oleh semua pengguna akaun Facebook terutama golongan wanita kerana kita secara tidak langsung terdedah kepada perkara-perkara yang membawa kemudaratan. Buat mereka yang terlalu gemar update status lokasi setiap kali anda pergi kemana-mana, dinasihatkan, berhentilah berbuat demikian. Kita tidak tahu andai ada yang sering memerhatikan gerak geri kita dan punya niat jahat. Memang pada asal niatnya kita update status lokasi kita sekadar suka-suka tetapi kita tidak sedar yang kita sendiri dedahkan diri kepada bahaya.

Setahu aku, bukan hanya Facebook sahaja yang boleh update status lokasi, tetapi laman FOURSQUARE juga sebenarnya lebih mendedahkan kita kepada bahaya. Aku yakin pasti ada dikalangan kalian atau kenalan kalian yang gemar update status lokasi menerusi Foursquare. Kalau ada, mohon hentikanlah perbuatan itu. Jangan sewenang-wenangnya dedahkan diri kita dalam bahaya. Sedangkan kita yang sentiasa ambil langkah berjaga-jaga inipun terdedah kepada bahaya, alangkan kalau kita sendiri yang dedahkan bukan?

Manusia zaman ni sekarang ini, kalau hendak berbuat jahat, bukan calang-calang jahat yang dilakukan. Nyawa kita ibarat telur dihujung tanduk je. Nyawa kita ni ibarat mainan. Kes jenayah semakin berleluasa. Seringkali kita dengar dalam media arus perdana tentang kes-kes jenayah yang berlaku. Oleh itu, selagi kita mampu ambillah langkah berjaga-jaga. Jangan biarkan diri kita terdedah kepada bahaya. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi marilah kita berpesan kepada kenalan kita agar sentiasa menjaga keselamatan diri.




Sekian sahaj entri untuk kali ini.

Okay...till meet again.
IKLAN

8 comments:

  1. mama belum tonton, nak tengok kat sini, line siput.... berhati-hati lah.. orang sekarang macam-macam perangai..

    ReplyDelete
  2. erk. kt ipoh?? greentown mall sy selalu pergi..
    sy part ni mmng tak berani nak share2.. sebab kesedarannya, takut orang cari kita tnpa kita sedar..dah balik baru nak cite tu xpe la kan..

    ReplyDelete
  3. tu lah semua nak update kan. las2 diri tergadai

    ReplyDelete
  4. Bagus la video tue.. boleh bagi kesedaran kat orang yang suka nak share semua aktiviti dia kt media sosial nie.. apapn beware la semua.. jgan sampai diri sendiri terjerat.. =D

    ReplyDelete
  5. ciptaan manusia...akhirnya manusia sendiri nyang tanggng akibatnya..

    ReplyDelete
  6. ada sekali sally update, kena marah dgn kakak..hehehe...so, skrg dah tak update..melainkan lepas kite pergi dr situ :P

    ReplyDelete
  7. mmg tak update lah bab2 mcm gtu...

    ReplyDelete
  8. nad malas nak update da. bahaya -__-

    ReplyDelete

My friend say: