Thursday, September 12, 2013

Take 5 TeamPlayShop 2013 Part 3

                    Take 5 TeamPlayShop 2013 Part 2

Assalamualaikum...

Okay, bersambung lagi. Malam untuk hari yang kedua tu, kami perlu sediakan persembahan tarian. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan aku berada dalam kumpulan nombor 4. Kumpulan kami dapat lagu Oh Mama, Saya Mau Kahwin daripada Blues Geng. Nasib dapat lagu ni sebab senang la juga nak cari idea apa nak buatkan. Dapat je lagu terus kami discuss cari idea untuk persembahan malam tu dengan masa yang sangat suntuk dimana kami hanya ada lebih kurang 2 jam untuk berlatih. Itu tak campur dengan balik bilik untuk mandi dan solat lagi.

Idea yang kami dapat pun okay juga. Idea ni gabungan bersama ahli kumpulan. Kitorang pilih En Mohd Nor untuk jadi anak teruna yang sedang meminta izin ibunya untuk berkahwin. Persembahan bermula selepas makan malam iaitu pukul 9 lebih. Kumpulan 1 memulakan persembahan dan diikuti oleh kumpulan 2, 3, 4 dan 5. Gambar takde pulak nak aku share sebab yang ada cuma video je. Selesai acara persembahan, aktiviti karaoke. Karaoke ni option, kalau tak suka boleh balik bilik. So, aku antara orang yang paling awal balik bilik sebab aku tak suka karaoke.

******************************************
Hari ke-3 yang merupakan hari terakhir Take 5 TeamPlayShop 2013 Group 8. Seperti hari kedua, aktiviti pagi bermula seawal pukul 730am dengan aktiviti senaman. Aktiviti yang kami lakukan pagi hari ketiga tu best sebab kami bermain sambil ketawa. Seronok tau. Dah rasa macam budak sekolah pun ada. Selesai senaman, kami diberi masa sejam untuk breakfast dan bersiap untuk program seterusnya.

Aktiviti pertama dalam dewan yang kami lakukan ialah melukis diatas puzzle kosong. Kami diberi peluang untuk ekspresi idea kami dalam bentuk lukisan. Tetapi sebelum tu kami diberi penerangan tentang apa yang perlu kami lukis dan yang penting elakkan motif2 yang berbentuk offensive dan political issue. Sebelum melukis juga kami diberi peluang untuk melihat hasil lukisan para peserta bagi kumpulan terdahulu. Masa ni pun aku masih belum ada idea nak lukis apa. Sampai je ke meja, aku terus je amik marker pen lukis ikut suka hati aku. At last, berjaya jugalah hasilkan lukisan aku yang tersendiri. 

Selepas melukis dan bio break, kami sekali lagi dibahagikan kepada 9 kumpulan untuk aktiviti seterusnya dan merupakan aktiviti terakhir iaitu Dominos. Aku masuk dalam kumpulan 3. Nasib kawan baik aku, Munirah ada sekali dalam kumpulan tu. Setelah kami memilih meja masing-masing, kami diminta untuk meluki logo kumpulan kami. Ingatkan nak buat apa dengan logo tu tapi rupanya kami kena hasilkan bentuk logo tu guna Dominos tu. Haa..nasib logo kami simple iaitu Mickey Mouse. Hehehe

Sementara Mun pergi dengar briefing untuk buat safety line Dominos tu, aku, Kak Asmah dan Kak Maz discuss bagaimana nak jatuhkan dominos tu nanti. Ni first time aku buat dominos sebenarnya. Alhamdulillah kerana aku boleh bayangkan bagaimana dominos tu akan jatuh. So, bila Mun balik dari briefing tu terus je kitorang mulakan pembinaan logo kumpulan kami. Nak jadi cerita, rata-rata kumpulan buat bentuk love sebagai logo tapi kumpulan aku tak sebab kami nak sesuatu yang senang nak buat. Agak payah juga buat dominos ni dan perlukan kesabaran tinggi dan fokus sebab kalau tidak, dominos tu tak jadi. 

Alhamdulillah, walaupun agak stress masa nak buat dominos ni, kami berjaya juga siapkan dalam masa yang ditetapkan. Aku jadi blockage remover untuk kumpulan semasa nak jatuhkan semua blok2 dominos tu. En Silmi pula dipilih untuk menjatuhkan blok2 dominos yang telah siap dibina. Berdebar sangat masa ni sebab takut tak menjadi. Alhamdulillah, kami semua berjaya.

Aktiviti terakhir sebelum kami pulang ke KL, acara penyampaian hadiah bagi Scavenger Chefs dan Dance Performance serta pemilihan Kane dan Wahini bagi Group 8. Bagi Dance Performance, group aku berjaya dapat tempat ketiga. Okayla kan...dari tak menang langsung. Hehehe. Bagi Kane dan Wahini, En Faizal Haris terpilih sebagai Kane manakalan Kak Dilla sebagai Wahini. Pemilihan adalah berdasarkan jumlah sticker tertinggi berjaya dikumpul sepanjang 3 hari berkursus. Masing-masing terima sebuah ukulele sebagai hadiah. Selepas itu, kami berkumpul dalam satu bulatan dimana kami kemudiannya menggunting tali lanyard kami yang akan diikat menjadi bola sebagai simbolik Take 5 TeamPlayShop 2013 Group 8 telah berakhir.

Setelah selesai aktiviti, kami makan tengah hari dan diberi sedikit masa untuk shopping di Kea Farm. Mulanya ingat nak guna shuttle hotel tapi takde la pula. So, jalan kaki je la. Sempat jugalah shopping sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dibawa pulang ke KL. Alhamdulillah, kami bergerak pulang ke KL dalam pukul 3.38 pm dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 830pm disebabkan keadaan hujan dan jalan jem teruk. Maklumlah, malam merdeka. 

Begitulah cerita kursus 3 hari aku. Banyak yang aku pelajari sepanjang 3 hari berkursus terutama sekali bagaimana untuk tangan stress dan mendidik minda untuk menjadi seorang yang sentiasa positif. Selain itu, banyak pengalaman baru yang aku timba selain memperbaiki hubungan sesama warga MATRADE.

Okay..till meet again

2 comments:

  1. waduh..
    best tu main domino..
    kreatif plak tgk masing2..
    nice lah.

    ReplyDelete

My friend say: