Wednesday, September 11, 2013

Take 5 TeamPlayShop 2013 Part 2 [Updated]

Jemput baca Take 5 TeamPlayShop 2013 Part 1.
(Tambah gambar)
Assalamualaikum...
Take 5 TeamPlayShop 2013 group 8 bersambung untuk hari yang kedua. Aktiviti bermula seawal 730am dengan aktiviti senaman ringan. Memandangkan ini ialah TeamPlayShop dan kesinambungan untuk laughter wellness, kami turut diajar cara gelak yang betul selain beberapa aktiviti regangan. Selesai senaman ringan, barulah breakfast dan kami kena berkumpul dalam dewan pada pukul 9am.
Okay, aktiviti pagi tu kami dibahagikan kepada 7 kumpulan. Ketujuh kumpulan perlu menyelesaikan Scavenger Hunt ala2 cam explorace tu. Kami diberi sekeping kertas yang mengandungi soalan dimana kami perlu selesaikan teka teki soalan tu. Haa, setiap soalan ada nilai tau sebab dalam TeamPlayShop kami tak guna duit ringgit tapi chook sebagai ganti matawang. Kami kena kumpul chook tu untuk beli barang masakan kat kedai TeamPlayShop. Haa...masa ni memang gila la. Macam-macam gelagat orang korang boleh jumpa. Dah la soalan macam-macam dan ada yang pelik, layankan je lah. Asal selesai soalan tu, dapatlah chook. Walau bagaimana pun, kami tetap diberi RM15 untuk membeli sayuran dan buah-buahan segar dipasar Kea Farm. Untuk group aku, aku dan Pn Zalela yang turun untuk beli sayur dan buah.
Disebabkan kami diberi masa sehingga jam 1045 untuk selesaikan semua soalan Scavenger Hunt tu, ada jugalah yang tak dapat kami jawab sebab susah. Sudahkan mana-mana soalan yang boleh jawab je. Setelah itu, kami diberi penerangan untuk aktiviti seterusnya iaitu, memasak. Wahh..terus tunduk muka sebab aku takmau masak. Nasib satu kumpulan dengan orang yang dah berkahwin. Rasanya group aku tu, aku sorang je yang tak kawin lagi. Pn Zalela dan Mariam offer diri untuk masak. Fuhh..selamat akak. Hehehe.
Kami diberi masa sehingga 1245 untuk memasak. Each group telah diberi ruang khas untuk memasak dan keperluan memasak semua telah disiapkan. Apa lagi, once dah sampai dapur, terus je pegang pisau siang sayur dan buah-buahan yang kami dah beli dipasar Kea Farm tadi. Pn Zalela dan Mariam memulakan tugas memasak manakala Kak Aisha, Shahril, Abg Deen dan Ismail buat deko meja makan. Masa ni boleh nampak kerjasama kumpulan kami yang mantap. Alhamdulillah. Gembira aku tengok. Masa memasak ni, agak kelam kabut sikit sebab masing-masing mengejar masa nak siapkan juadah. Even menu kami simple tapi tetap kena berikan yang terbaik.
Selesai memasak dan bersihkan perkakas memasak, kami semua berkumpul dimeja masing-masing dan masa inilah yang paling gementar sebab judges datang untuk menilai hasil persembahan masakan kami dan juga deko meja makan. Wahh..setiap meja punya dekorasi yang cantik malah menu makan pun sangat menarik. Menu kumpulan aku ialah, kentang masak kicap, sup bebola ikan, sardin, nasi goreng, sayur dan buah-buahan. Nak jadi cerita, disebabkan aktiviti kami dipagi hari banyak menggunakan tenaga, makanya masing-masing makan dengan berselera. Heheheh. Selesai makan, kami diberi rehat sehingga aktiviti bersambung pukul 215pm
Aktivit petang pula dimulakan dengan health talk dan juga sound therapy. Masa aktivit sound therapy ni, memang best tau sampai aku boleh terbayang aku berada dalam taman yang cantik dan seolah-olah berterbangan dibalik bukit-bukau yang sungguh menawan. Indahnya tapi beberapa minit sebelum lagu tu habis, mimpi indah tu terganggun dek kerana ada peserta yang tertido sampai berdengkur. Terus terjaga dan tak boleh tutup mata dah. Hehehe. Xpelah kan..maybe dia penat sangat kot. Okay..petang tu kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk aktiviti seterusnya.

Ha..Nama aktiviti ini ialah Focus Ring. Aktiviti ni gile sikit pada aku. Memang datang stress masa nak buat aktiviti ni. Setiap kumpulan diberi sebiji bola tenis yang perlu diletakkan diatas tiang khas yang telah disediakan. Kami angkat bola tu menggunakan tali yang disediakan dimana bola berada diatas gelung bulat dibahagian tengah tali. Setelah cubaan kali kedua keempat-empat kumpulan hampir  berjaya meletakkan bola diatas tiang khas tu. Walau bagaimana pun, sedikit kesilapan teknikal telah menggagalkan usaha kami. Apa boleh buat, itu je yang termampu dan kami pula kesuntukan masa.

Setelah itu, kami disuruh berbaris panjang mengikut tahun kami masuk MATRADE. Rupanya kami akan dibahagikan kumpulan mengikut nombor 1-5 dan aku masuk kumpulan 4. Hehehe..nasib aku baik kot sebab dapat sekumpulan dengan mereka yang sangatlah sporting. Kumpulan aku terdiri daripada 6 lelaki dan 3 perempuan. Kami diberi lagu Oh Mama Saya Mahu Kahwin dan kami perlu sediakan persembahan untuk aktiviti malam. Okay..aktiviti malam akan aku share dalam entri seterusnya ya.

Ada banyak gambar tapi akan upload lain hari sebab kesuntukan masa dan gambar ada pada cameraman kami.hehehhe
IKLAN

8 comments:

  1. Lama tak join aktiviti mcm ni...hehe teringat masa belajar..

    ReplyDelete
  2. wah!!!banyaknya aktivity...heheheh....

    ReplyDelete
  3. bila dah keja jd cikgu ni dah jarang dpt peluang join kursus mcm ni..

    ReplyDelete
  4. bestnya lama xjoin bnda2 gini hee

    ReplyDelete
  5. seronok dapat join aktiviti gini kan...

    ReplyDelete
  6. cool aktiviti gini..mmg sronok jer

    ReplyDelete

My friend say: