Wednesday, September 11, 2013

Take 5 TeamPlayShop 2013 Part 1 [Updated]

Assalamualaikum...
Update gambar baru
Refer to my previous entry wORDLESS wEDNESDAY #2
Kali ini entri berkaitan kursus yang aku hadiri last week. Kursus teambuilding yang dinamakan sebagai Take 5 TeamPlayShop 2013. TeamPlayShop ni khas untuk warga MATRADE yang bertaraf tetap dan kontrak. Dibahagikan kepada 9 kumpulan dan aku adalah peserta group 8. Actually, unit aku bekerja yang organise kursus ni dan syarikat Bill Lewis Global sebagai pembekal latihan. Okay, jom mulakan cerita.
Pemandangan yang sangat indah dan menenangkan jiwa. Ni masa on the way ke hotel. Kenderaan sekretariat yang dipandu Abg Mus ikut jalan tapah. So, memang nampak real depan mata perkampungan orang asli dan ladang teh ni kami singgah sekejap untuk ambil gambar. Hehehe
TeamPlayShop bermula dari hari Rabu 28 Ogos 2013 - Jumaat 30 Ogos 2013. Kami bertolak kira-kira pukul 8.30am dari pejabat dan tiba diCameron Highlands dalam pukul 1.30pm. Aku naik kenderaan untuk sekretariat semasa pergi kursus ni manakalan peserta lain naik bas dan ada juga yang pergi sendiri. Aku gembira kerana turut ada Kak Aida dan Mun dalam kumpulan ni. Selain tu, ramai kenalan ada dalam group ni, so takdelah janggal sangat nanti. Kiranya ada geng la.
Facilitator Mr Bill Lewis sedang bagi briefin cum welcoming notes. Masa ni kami diberi penerangan mengenai segala aktiviti yang bakal kami lakukan sepanjang 3 hari berkursus. 

Sesampai di Hotel Equatorial, kami register nama masing-masing dan terus menuju ke restoran untuk makan dan kemudian solat zuhur sebelum program bermula pada pukul 2.30pm. First activity yang kami lakukan antaranya bermain stick berlagu, main noodle, magic carpet dan juga drum therapy. Aktiviti ni kiranya sebagai pemanas badan buat kami semua. Memang kelakarlah juga masa main stick tu sebab agak kelam kabut. Masa Noodle tu pulak, group aku agak kecewa sebab masa competition kumpulan kami kalah. Magic Carpet pula dimana kami kena cantumkan helaian karpet yang terpisah. Memang gila betul aktiviti magic carpet ni sampai aku hanya mampu tergelak sebab kelakar masa akhir2 permainan. Sebelum main magic carpet tu kami main drum therapy dulu. Haa..dah dua tahun tak main drum, nasib ingat lagi sebab senang je. Ketuk la sekuat hati ke janji pukul. Kekekeke.
Semasa aktiviti main drum, setiap peserta diberi peluang untuk lead peserta. Ramai juga yang keluar cuma aku je tak sebab hari tu actually aku masih lagi migraine cumanya tak terlampau kuat. Bila dah kena migraine, memang aku rasa nak pecah gegendang telinga dan rasa kepala ni nak terburai otak sebab bingit. Tapi aku tahankan juga sebab belum masa untuk check-in bilik. Bila permainan drum berakhir barulah lega sikit kepala aku ni. Last aktiviti petang first day course tu, kami main magic carpet. Seriously, memang perlukan konsentrasi selain leader yang betul2 boleh lead ahli kumpulan. As for my group, Syafiq dan Yazrin lead untuk bagi arahan terbalikkan carpet tu. Kiranya berjaya la dalam masa yang singkat untuk terbalikkan carpet tu.

Nilah muka-muka happy after magic carpet selesai. Nilah juga magic carpetnya. Dipecah tiga dan kemudian kena sambungkan kembali. Puas bila tengok carpet ni dah kembali bercantum.
Selesai aktiviti magic carpet, kami diberi kunci bilik masing-masing sebelum aktiviti malam bertemakan Hawaiian berlangsung. Kami menginap di Hotel Equatorial, Cameron Highlands. Aku duk sebilik dengan Kak Aida. Biliknya agak luas dan pemandangan bilik kami menghadap ke arah gunung ganang. Cantik dan sejuk je mata memandang. Cuma satu je yang tak best sebab iron tak disediakan dalam bilik, kena request. Accommodation yang lain okay je la. Yang penting air sejuk sangatkan. hahaha
Aktiviti malam bersambung pada pukul 8.30 pm. Konsep adalah Hawaiian. Kiranya kami kena memakai costume yang bersesuaian dengan tema Hawaii tu la. Aku tak pandai dan seriously tak suka sangat tema Hawaii ni sebab aku tak suka bunga. Hahahaha. Tapi aku pakailah juga kalungan bunga kat leher selain aku tepek seketul brooh bunga besar kat tudung aku. Bolehlah kan, asal nampak sikit2 okaylah tu. Yang paling takleh blah, every participants kena buat catwalk atas stage tu. Siap kena gelek2 lagi. Aku? Haruslah tak gelek. Nasib aku dapat catwalk sekali dengan Kak Aida, kurang la sikit nervous tak bertempat. Pemenang terbaik bagi kategori lelaki dan wanita akan terima sticker TeamPlayShop dan strawberry. Bagi pemenang wanita a.k.a. Wahini, Kak Nuraisha menang manakala lelaki a.k.a. Kane, Mr Shawn yang menang. Tahniah buat mereka.
Antara peserta wanita yang bergaya ala Hawaii. 

Selesai activity catwalk, kami belajar main ukulele. Ukulele ni gitar kecik yang selalu orang latin main tu. Ukulele ni macam gitar cumanya simple sikit dari gitar. Tapi untuk first timer cam aku ni, pedih jugalah jari nak tekan string tu. Setelah belajar beberapa chord note, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna ukulele. Tujuannya adalah untuk kami mencipta lirik lagu base on rhythm dan chord note yang kami dah belajar tadi. So, kumpulan aku pilih lagu Row Row Row Your Boat. Alhamdulillah, kami dapat tempat ketiga. Aktiviti malam selesai sekitar jam 11pm lebih kurang la. 
Ini ialah Ukulele. First time main tapi okay jugalah. Turut dijual kepada peserta. Harga dapat RM59 daripada  RM80. Diskaun sebab Bill nego dengan tuan kedai.Heheheh

Ni antara peserta lelaki dengan pakaian ala Hawaii. Untuk group 8 ni, peserta lelaki lebih ramai daripada peserta perempuan. 


Mr Shawn yang menang dan dapatlah title Kane dan Pn Trra. Mr Shawn memang all out la malam tu. Kagum kot aku tengok. Hahahh
Aktiviti untuk hari kedua akan aku ceritakan di Part 2 ya. Thanks for reading

Okay..till meet again.
IKLAN

5 comments:

  1. Bestnya kak. Kalau mcm nie confirm x bosan pegi kursus hehe

    ReplyDelete
  2. amboi meriah kursus ni.. tak la dengar ceramah je kan... hihi^^

    ReplyDelete
  3. seronoknyer...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. kursus gine..hantr la seminggu skali pun sally sanggup..hahaha

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya beraktiviti! dah lama kak farah tak join gini..rindu la!

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads