Friday, September 20, 2013

Sesi Mengukur Lemak

Assalamualaikum...

Salam jumaat buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas dibumi Allah SWT. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW. Okay..jom mulakan cerita.

Pagi ni diklinik panel ofis aku ada buat sesi mengukur lemak. Sesi ni bermula dari pukul 9.30am sampai pukul 3pm kalau tak silap aku. Memandangkan sesi ini adalah secara percuma, makanya aku dan kawan seunit decide nak pergi buat la. Haa..sebenarnya dah tau tahap lemak banyak mana tapi degil juga nak buat konon-konon nak tengok result selepas bulan puasa hari tu. Hahaha..So, kami turun ke klinik dalam pukul 1015am. Aku, Kak Alin dan Epul je pegi. 

Sampai kat klinik tengok ramai orang dah. Haa..ni mesti semua excited nak tengok banyak mana lemak dalam badan. Bagus kalian ni. Memang peka dengan tahap kesihatan kalian. Syabas juga untuk diri sendiri. Heheheh. Sesi ukuran tu dibuat dibilik berhadapan dengan klinik. Kena isi dulu borang yang disediakan sebelum berjumpa dengan consultant yang buat ukuran tu. Aku no dua selepas Epul diikuti dengan Kak Alin. Tak lama pun buat ukuran tu sebab ramai yang dah setel. So, selepas ukuran selesai, maka gambar yang aku snap dibawah inilah hasilnya. 

Overall, aku cuma kena turunkan 3kg berat aku. Aku diberi pilihan samada nak makan ubat buang lemak atau teruskan dengan amalan tradisional iaitu bersukan. Makanya aku pilih bersukan sebab aku tak suka nak makan ubat pelik2 tu semua. Aku lagi sanggup keluar peluh bagai nak rak daripada suruh aku makan ubat buang lemak tu walaupun aku taktau macam mana rupa ubat tu. Oh ye..hanya pada korang tau aku share maklumat sulit ni.kekeke. Dah tau tinggi sebenar aku berapakan? Aku memang pendek. Hahaha sebab aku ikut gen mak, kalau ikut gen arwah abah makanya aku akan jadi tinggi.hahaha

Alhamdulillah, yang lain-lain semua okay lagi. Bak kata pekerja tu tadi, aku kena banyakkan bersenam untuk buang 3 kg terlebih tu. Kawal gaya pemakanan dan gaya hidup supaya takde terlebih terkurang mana-mana yang tak patut. 

Korang pernah buat ukuran camni tak? Kalau tak pernah, apa kata korang pun cuba, at least kita tahu tahap mana kesihatan kita selain daripada buat healt screening tu.

Okay... till meet again

6 comments:

  1. best ni sesi mengukur lemak ni... erks, ibu mengandung pun boleh ukur lemak kan? ekekekeke...

    ReplyDelete
  2. 1st time kenit dengar terma mengukur lemak ni hehe.

    ReplyDelete
  3. cik akak pun nak ukur lemak juga..hihi

    ReplyDelete
  4. teringin gak nak buat mcm ni ^_^ mesti lemak bertingket2. hehe

    ReplyDelete
  5. Farah: Akak, boleh kot..hahaha

    Jie: Haah la, saya kena bersenam balik ni

    Kenit: Haah, saya pun tergelak masa dgr terma ukur lemak ni..hahaha

    Nao Mei: Jom kak, tapi akak mesti ok sbb akak kurus

    Lieya: Sama la dgn saya

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads