Thursday, September 05, 2013

Renungkan Sejenak

Assalamualaikum...

Sedang aku berjalan menuju ke lift basement 2 untuk ke tingkat 17, pejabat aku, sesuatu telah menerpa fikiran ini.

Samada kita secara sedar atau tidak, kebarangkalian untuk kita membenci sesuatu adalah lebih tinggi daripada kita menyayangi. Inilah lumrah sifat manusia yang tidak dapat kita nafikan. Samada besar atau sekelumit perasaan itu, pasti akan hadir jua andai ada sesuatu yang menimpa kita. Samada kita memandang sifat membenci itu dari suatu sudut positif atau negatif, ianya tetap berbalik pada diri kita. Tanya akal, tanya hati, samada kita membenci sesuatu untuk kebaikan atau keburukan diri kita. Setiap sifat itu ada baik buruknya, cuma terpulanglah pada diri kita mentafsirkan ia dan bagaimana kita cuba tanganinya andai sifat itu wujud dalam diri.

Maafkan aku andai aku pernah membuat kalian rasa benci pada diri ini. Sesungguhnya tiada langsung terbit dalam hati untuk membuat kalian membenci aku. Andai ada, ampun dan maaf aku pohonkan.

Segala yang ditulis hanyalah sekadar pendapat seorang insan lemah seperti aku. Sama-sama kita renungkan sejenak. :)

Okay...till meet again

5 comments:

My friend say:

Nuff Ads