Saturday, September 28, 2013

Redeem Ais Kerim Wall's

Assalamualaikum...

Selamat hujung minggu semua. Hari ni cuma sempat online kat handphone je. Dari pagi tadi dah busy seperti yang aku ceritakan dalam entri semalam.

Petang tadi Kaknyah call ajak redeem ais kerim Wall's yang pernah aku ceritakan dalam entri Wordless Wednesday last week kalau tak silap. Mak terima surat berdaftar daripada Wall's mengatakan bahawa mak terima ais kerim Wall's Selection. Deadline untuk redeem ais kerim ni adalah sebelum 30 September 2013. Makanya hari sabtu la paling sesuai nak pergi redeem. Redeem pulak tu hanya di pasaraya Giant. Nasib Putrajaya ni dekat je dengan Seri Kembangan, so, kitorg redeem kat Giant situ je la. Eh..Giant Equine Park. Heheheh

Masa nak redeem tu kitorang pergi ke kaunter penebusan sebab nak confirm kat mana boleh amik ais kerim. Sekali customer service tu pun tak sure camane nak redeem. Boleh gitu? Haa..tapi lepas dia tanya sorang member dia ni, kami diminta untuk ke pergi ambil ais kerim yang kami nak dan terus ke kaunter pembayaran. Nak jadi ceritanya, semasa dikaunter pembayaran, cashier tu pulak tak faham kenapa kami bawa ais kerim dengan voucher je. Dia siap scan harga ais  kerim lagi.

Okay..aku pun dah rasa cam tak best je tapi cover lagi okay. Sabar itu separuh daripada Iman kan. Datang seorang pekerja Giant tu dan bawa kami ke kaunter penebusan tadi denga ais kerim tu sekali. Haa...masa ni la baru selesai urusan kami. Pekerja dikaunter tu suruh kami isi nama dan maklumat diri dan attach kertas tu pada voucher tu. So, selesai urusan kami. Hampir setengah jam rasanya nak setelkan urusan nak redeem ais kerim ni.

Apapun, aku nak ucapkan terima kasih kepada Wall's sebab sudi bagi ais kerim free pada kami. Nanti kalau ada ais kerim baru silalah buat promotion lagi ya. Mana tau boleh dapat lagi ais kerim free. Hehehe. Okaylah, aku try mana yang mampu nak blogwalking blog kengkawan ya. Guna handphone tak best sgt sbb kecik. Nak tekan dgn jari gajah aku ni. Hahaha

Okay...till meet again

7 comments:

  1. Bestnyer dpt aiskrim free :)

    ReplyDelete
  2. esok cik akak pon nak beli juga eh...
    terliur tengok icecream nie...hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat ekskrem free..hehe..
    cmne akk dapat?

    ReplyDelete

My friend say: