Thursday, September 19, 2013

Rahsia Tandatangan

Assalamualaikum...

Entri kali ini berkisah pasal tandatangan. Sebelum tu nak tanya, sejak umur berapa korang dah pandai cipta tandatangan sendiri? Aku sendiri tak ingat bila tapi kalau tak silap aku, masa umur aku 13 tahun rasanya. Masa tu memang buruk giler tandatangan aku, maklumlah, bebudak la katakan. Tapi disebabkan nama aku memang pendek, so tandatangan aku pun memang pendek je. Sama pendek dengan ketinggian aku.hahaha..

Actually, aku teringat ada seorang pegawai diofis aku ni bercerita tentang tandatangan semasa satu sesi briefing yang kami sama-sama attend kat ofis. Puan tu sign attendance seraya bercerita yang tandatangan beliau jenis yang tak nampak nama sendiri. Beliau pun bercerita maksudnya kepada aku. Masa tu aku sedikit tersentak sebab aku memang tak pernah tahu yang tandatanga ni pun punya maksud tersendiri.

So, hari ni aku nak share sedikit hasil pencarian aku dalam encik google ni. Kredit kepada pemilik entri berkenaan ya. Ada link aku share sekali kat bawah tu.

Image credit: google


Makna tersirat di sebalik tanda tangan:
1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin 
Ada personaliti yang hebat 
Agak mementingkan diri sendiri 
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu 
2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping 
3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati 
4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain 
5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri 
6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea 
7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik 
8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi 
Dah baca dah? So, korang punya tandatangan yang mana satu? Aku sendiri tak sure yang mana paling hampir dengan aku. Nanti aku nak sign atas kertas putih dan analisa mana satu maksud yang paling hampir. Hihihi..
Image credit: google


Okay...till meet again

7 comments:

  1. sally no 1...bos sally no 2..hahaha

    ReplyDelete
  2. errr.. teman yang nomo satu tu.. hu3.. dstart ada tandatngan bila buka buku akaun bank.. heeee.. masa tu sain memang suka buat garisan kat bawah.. kui3..

    ReplyDelete
  3. jie pn lupa bila bt tandatangan ni..

    ReplyDelete

My friend say: