Tuesday, September 10, 2013

Prihatin Mesir

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku berada di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi menghadiri sesi Wacana Isu Semasa: Prihatin Mesir. Sesi ini berlangsung mulai pukul 830am dengan persembahan video mengenai situasi semasa dibumi Anbiya, Mesir. Ahli panel bagi forum ini adalah Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre (Naib Presiden ILMAM), Ustaz Sharizan Daud At-Turabi (Pendakwah bebas, Mursyid Imam Muda Musim 1) dan juga Ustaz Mohd Faisal Ashaari (Timbalan Pengarah, Pusat Islam UKM). Manakala moderator bagi forum ini ialah Ustaz Syafiq Zulakifli, Setiausaha JK Bertindak Prihatin Mesir /Penerbit Rancangan Radio IKIM.

Forum ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dan Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam. Forum ini mengupas isu ketegangan yang sedang berlaku di Mesir, sejarah mengenai bumi Mesir itu sendiri sejak dari zaman Nabi Musa AS dan juga firaun laknatullah. Bagaimana masyarakat Mesir menjalani kehidupan sejak dari zaman pemerintahan Hosni Mubarak sehinggalah kepada penggulingan Dr Mursi. Banyak isu yang diutarakan dan banyak juga ilmu yang kami peroleh terutama mengenai mengapa terjadinya tragedi berdarah pada 15 Ogos 2013 dimana dianggarkan 2,000 orang terbunuh dan lebih 10,000 orang dicederakan.

Banyak lagi yang masih diperbincangkan dan akan aku ceritakan dalam satu entri lain nanti, Insha Allah.

Okay...till meet again.

3 comments:

  1. ramainya yg meninggal..sdh bumi islam jdi cam tu..

    ReplyDelete
  2. baguslah dapat join majlis2 macam ni.

    ReplyDelete

My friend say: