Monday, September 30, 2013

Kembali Kepada Keadaan Asal.. Cik Pinky Ku Sayang

Assalamualaikum...

Dua hari tak sempat nak update blog dan pepagi ni lagi dah sibuk dengan kerja-kerja dipejabat. Baru sekarang sempat menjengah sekejap. Aku agak stress sikit hari ni disebabkan ada satu arahan kerja yang sebenarnya memang bukan keje unit aku. Okay..kita tinggalkan hal kerja.

Hari sabtu lepas, aku pergi Perodua untuk pasang kembali radio kereta aku. Masih ingat entri Alahai Cik Pinky Ku Sayang? Aku ada ceritakan perihal radio kereta aku yang rosak dan perlu dibaiki semula. Alhamdulillah, hari Rabu last week aku terima call daripada Perodua memberitahu radio kereta aku dah ada. Mulanya aku diminta datang pada hari Khamis tetapi disebabkan kerja terlalu banyak, so aku tunda ke hari Sabtu. 

Appointmet pada pukul 830am dan aku tiba tepat pukul 830am. Sampai je terus jumpa service advisor dan bagi kunci kereta. Katanya tak lama sebab cuma nak pasang radio je. So, aku terus je duduk diruang menunggu sambil makan sandwich yang disediakan Perodua Putrajaya. Haa..sedap2 makan, ternampak kereta aku dah masuk dalam ruang service. Okay..senyum melebar sebab kereta aku bakal sempurna balik. Like 15 minutes after that, service advisor panggil aku dan beritahu yang pemasangan radio kereta dah selesai. Lega

Sekarang ni kereta aku dah kembali normal. Rasanya dorang tukar radio yang baru sebab aku tahu keadaan radio aku sebelum dihantar ke Perodua. Apapun, terima kasih kepada Perodua kerana dah selesaikan masalah radio kereta aku dan CD Inteam aku  pun dalam keadaan baik. Gambar radio baru aku tak sertakan sebab tak sempat nak amik gambar.

Okay...till meet again.

P/S: Sorry aku busy lately so agak terbengkalai sedikit sesi Blog Walking.
       Ehem..nanti aku umumkan siapa Top 5 blogger paling rajin komen kat blog aku

6 comments:

  1. alhamdulilah.. bawak kereta kalo tak da radio memang tak sempurna rasa nya ^_^

    ReplyDelete
  2. cer bawak sally jalan-jalan sekali naik si Pinky ni :P

    ReplyDelete
  3. Lieya: Tu la..lega sangat sekarang ni

    Sally: Boleh sayang..jom

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... take care ya kak^^

    ReplyDelete
  5. aritu x sempat nak sentuh cik pinky hehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads