Tuesday, September 17, 2013

Jatuh Bangun

Assalamualaikum...

Seharian tak dapat mengadap blog ni lantaran kesibukan bekerja disiang hari. Alhamdulillah, dapat juga jenguk blog sambil blog walking blog kengkawan sekalian. Tertarik aku dengan entri blogger Aku Penghibur a.k.a. Acik dalam entri Terimalah Taubatku, Aku Ingin Kembali. Kenapa aku tertarik? Kerana aku tahu aku sering berbuat dosa dalam sedar atau tidak sedar. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak pernah lepas daripada hasutan syaitan. Aku sedar imanku tak berpahat kukuh didada. 

Dalam pada diri ini ingin berubah ke arah yang lebih baik, adakalanya ujian itu sering menerpa. Aku bersyukur kerana ujian yang Allah beri itu sebagai suatu nikmat dalam aku lalui proses tranformasi diri. Cumanya aku akui, kadang diri ini tak mampu hadapinya seorang diri. Aku akui yang ujian itu kadang cukup berat buat diriku yang terlalu lemah ini. Tapi aku mengerti yang Allah uji sebab Dia ingin melihat sejauh mana ikhlas aku ingin berubah dan sekuat mana aku mampu bertahan. 

Tidak dapat aku nafikan, adakalanya aku masih lagi tersasar. Tersasar tanpa aku sedar. Bila sedikit kesedaran menjelma, alpa sering datang menerpa. Ya Allah, kuatnya ujian ni. Aku akui kadang tak mampu nak hadapi semua ini. Sejauh manakah aku mampu bertahan? Ya Allah, kau bantulah aku. Bantulah aku dalam memperbaiki diri. Diri ingin menjadi hambaMu yang terbaik. Ya Allah, berilah aku peluang, berilah aku kekuatan agar aku mampu menjadikannya satu realiti dalam mencapai redhaMu Ya Ilahi.



Tiap kali aku dengar lagu ini, hampir menitis air mata, kerana setiap bait lirik amat bermakna. Semoga aku masih diberi kekuatan dan kesedaran untuk terus memperbaiki diri. Semoga aku tetap mampu bertahan.

1 comment:

My friend say:

Nuff Ads