Monday, September 09, 2013

Chopsticks

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak bercerita tentang Chopstick. Biasa guna Chopstick tak? Apa tu Chopstick? Kalau korang taktau chopstick tu apa, taktaulah nak kata apa..kekekeke
"Chopsticks (singular: chopstick) are short, frequently tapered sticks used in pairs of equal length, which are used as the traditional eating utensils of China, Japan, Korea and Vietnam. Originated in ancient China, they can also be found in some areas of Tibet and Nepal that are close to Han Chinese populations. Chopsticks are most commonly made of wood, bamboo or plastic, but in China, most are made out of bamboo. Chopsticks are held in the dominant hand, between the thumb and fingers, and used to pick up pieces of food."
Itu sebahagian penerangan mengenai chopsticks. Chopsticks ni digunakan untuk makan secara majoriti oleh masyarakat dinegara Timur Asia seperti, China, Japan, Korea dan negara-negara seangkatan dengannya. Tidak terkecuali bagi penduduk negara Malaysia dan Singapore. Oh ya, boleh kata penggunaan chopsticks ni adalah diseluruh dunialah.

Dinegara kita, kalau zaman dahulu penggunaan chopsticks tak terlalu meluas kerana lebih majoriti menggunakan sudu dan garpu, tetapi pada era moden kini, penggunaan chopsticks adalah sangat meluas dan tidak tertakluk hanya kepada masyarakat Cina semata. Bahkan, masyarakat berbilang kaum dinegara ini juga tahu makan menggunakan chopsticks. Hebat bukan? Penggunaan chopsticks dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia kini bukan hanya setakat direstoran malah ada juga yang mengamalkan penggunaannya dirumah seperti aku sendiri. 

Aku mula gunakan chopsticks semasa masih bersekolah rendah lagi. Rasanya masa tu dalam darjah 5 atau 6. Mak yang baik hati belikan chopsticks untuk kegunaan aku dan kembar. Kami  ni pelik sikit. Dah elok-elok makan dengan garpu sibuk juga nak makan guna chopsticks. Nasiblah mak jenis melayan je kerenah anak-anak bongsunya ini. So, first chopsticks yang aku dan kembar guna adalah Japanese chopstick yang macam dalam gambar ni. Setahu aku, chopsticks jepun ni pendek sikit. Senanglah untuk kanak-kanak guna. Tapi ada je yang panjangkan. 

Bila usia dah meningkat remaja dan semakin expert guna chopstick, kitorang beli pulak yang selalu orang Cina guna. Alasannya, panjang dan sesuailah dengan kami. Boleh kata, sampai makan nasi pun gatal juga nak pakai chopstick. Kalau makanan seperti maggie, mihun dan mee tu takyah cakaplah ya. Harus guna chopstick. Sampai sekarang chopstick tu masih ada sebiji macam dalam gambar dibawah ni.
Semenjak dunia hiburan Korea semakin popular seantero dunia, secara tak langsung turut menyebarkan kebudayaan masyarakat Korea. Kata orang paling tidak pun, cara mereka makan tu mesti kita tau kan. Even kalau korang mula belajar bahasa Korea pun, pasti seonsaengnim akan bercerita tentang kebudayaan masyarakat Korea. Paling popular adalah cara makan mereka yang menggunakan chopstick dan juga sudu panjang macam dalam gambar ni. Malah, set chopstick dan sudu panjang ini antara barangan wajib beli kalau melancong ke Korea. Itu kata seonsaengnim aku masa belajar bahasa Korea dulu.

Oleh kerana populariti chopstick nipis masyarakat Korea ni jugalah kenapa kami sekarang menukar chopstick dan menggunakan chopstick Korea pula. Haa..jangan tak tahu, mencabar jugalah pada mulanya bila nak guna chopsticks ni. Dah la nipis, halus pulak tu. Mulanya asyik terjatuh je la makanan tu tapi aku ambil masa dua hari untuk expert guna chopstick korea ni. Malah, sekarang ni aku lebih suka guna chopstick ni sebab lebih senang nak guna. Dirumah aku ada hampir sepuluh set chopstick Korea yang dibeli dan juga hadiah daripada kawan yang melancong ke sana.
Bukan sahaja chopstick, malah sudu panjang tu pun antara kegemaran keluarga aku sebab saiz besar dan panjang lebih memudahkan penggunaan. Kembar aku pesan kat kawan-kawan dia yang nak ke Korea untuk belikan set sudu ni. Mak pun suka tau. Dibawah adalah saiz ukuran sudu dan chopstick Korea.
Okay..kalau korang masih belum arif tentang macam mana nak makan guna chopsticks ni, dibawah ni ada aku share cara-cara guna chopsticks. Cubalah ya. Sesekali guna chopstick pasti ada kepuasan tersendiri.



Baiklah..cerita dah habis, kita jumpa dilain entri.

Okay...till meet again.

10 comments:

  1. Hebat ni makan nadi pkai chopstik.
    Kalu shark pkai rs dpt 2-3 biji je nasi tu.
    Hehe.
    Mmg x pndai pkai

    ReplyDelete
  2. fae x pandai pakai chopstick huwaaaa

    ReplyDelete
  3. Suka makan maggie guna chopstick.. Feeling2 Korea gitu.. kekeke.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  4. makan mi guna chopstick kat rumah .. feeling orang jepun :)

    ReplyDelete
  5. best dapat makan pakai chopstick..makan stem boot pun bole feeling jepun/korea heheh

    ReplyDelete
  6. kadang2 klu datang gediks mmg guna chopstik ni pas2 imagine macam dok Korea ke, Jepun ke...hheheehehe..tapi mmg seronok guna chopstik!!!

    ~Admin:QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. haha..hbtnya..dulu cuba2 gak bljr tapi dgn tangan lg sdap..

    ReplyDelete
  8. tak lulus lagi mkn guna chopstick nih... hehe...

    ReplyDelete
  9. tolong hantar 1 set chopstick korea boleh tak? kalau boleh,hantar tulis nama husnina......biar mok saya dok tahu nape?

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads