Thursday, September 19, 2013

Bukan Saya Yang Nak Kahwin Tu

Assalamualaikum...

Since last week aku ditalu dengan soalan, bila tarikh kahwin. Memula aku ingatkan kawan nak menyakat je, tapi bila dah ada orang-orang yang tak rapat pun dok bertanya soalan yang sama, aku dah mula pelik. Siap tanya bila mula cuti. Aku ni confuse, cuti apa sebab aku mana ada apa2 event untuk aku bercuti melainkan hujung tahun ni aku akan bercuti ke negeri Pak Anjang aku tinggal. 

Memang pelik sampai member yang rapat dengan aku pun jadi pelik. Nak jadi cerita, hari Jumaat lepas, semasa hendak ke basement parking, ada seorang kakak ni tarik tangan aku sebab nak tanya bila aku start cuti. So, aku pun dengan gelak tanyalah, "cuti apa kak?". Akak tu pulak selambe je cakap dengan confident, "cuti kahwinlah". Tergelak aku. Aku explain kat dia yang aku ni calon suami pun belum ada lagi, bila masa pulalah nak cuti kahwin. Akak tu bagitau aku yang bos dia cakap aku nak kahwin. Okay..aku senyum dan explain kat akak tu yang bos dia silap orang. Bukan aku yang nak kahwin tapi orang lain.

Itu cerita Jumaat lepas, beberapa hari ni pun memang ada yang bertanya, bila aku nak kahwin. Aduh..sah, dorang ni salah orang. Sebenarnya, yang nak kahwin, budak yang satu level ofis aku ni. Namanya pun takdelah sama ngan aku. Entah macam mana, dorang boleh salah orang pun aku tak tahu. Sedangkan sah-sah budak perempuan tu sendiri pergi hantar kad kahwin dia. Kesian budak tu, dia yang nak kahwin, aku yang dapat nama. Hahahaha..nasiblah

Cumanya yang pasti bukan aku yang nak kahwin tu ya. Insha Allah, aku akan berkahwin cuma masa dan ketika serta siapa bakal jodoh aku tu, masih dalam rahsia Allah. Segalanya aku serahkan kepada Allah. Aku dah usaha untuk mencari tapi tak jumpa lagi. Aku berdoa andai ada jodoh aku didunia ni, aku harap dia boleh membimbing kau menjadi seorang muslimah yang terbaik. 

Okay..itu cerita untuk tengahari ni ya. 

Insha Allah, malam kang kalau sempat aku online dan tunaikan blog walking. Maaflah, busy sangat lately.

Okay...till meet again

3 comments:

My friend say:

Nuff Ads