Tuesday, September 17, 2013

Ayam Goreng Kari Resipi Daripada Kak Farah

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran. Walau sibuk tapi target aku nak juga ada entri dalam sehari walaupun satu entri je. Kali ni, auto publish ya. Okay...jom mulakan cerita.

Ada baca entri dari blog Kak +Farah Waheda Wahid kita tak? Ala, entri Ayam Goreng Kari  tu. Haa..Kak Farah buat entri tu atas request aku nak resipi tu. Kisahnya aku tengok gambar dalam Instagram Kak Farah. Kakakku yang baik hati itu sudi berkongsi resipi. Terima kasih banyak2 kakak. :)

Makanya, hari Ahad yang lepas, aku pun mencuba masak resipi yang kak Farah bagi tu. Okay..masak waktu petang untuk makan malam. Mulanya mak yang nak masak tapi aku offer nak masak sebab nak cuba resipi ayam goreng kari tu. Cewah..ala-ala masterchef punya program, terus buka peti ais, amik bahan-bahan masakan. Mak pula baik hati nak tolong gorengkan ayam. Aku prepare je la bahan-bahan lain untuk masakan tu ya. Selesai menghiris, membancuh kari semua bagai, maka sesi memasak pun bermula.

Kalau ikut resipi asal yang Kak Farah bagi tu, hidangan tu rasanya kering sedikit kot tapi aku ni kan cam budak-budak sikit, makan sume nak berkuah. So, aku pegi tambah sedikit air untuk dapatkan sambal dalam masakan tu. Selain tu, aku kurangkan jumlah kicap sbb aku ni tak pandai agak sangat jumlah kicap selain kononnya nak lebih rasa kari. Hahaha...agak lari sedikit dari resipi asal. Ye tak? Heheh.harap Kak Farah tak marah ya. So, sambil mengacau masakan tu aku fikir jadi ke tak jadi ni?

Alhamdulillah, jadi juga masakan tu. Walaupun tak sebiji rupa macam Kak Farah masak, tapi rasa tu tetap tak lari. Hik hik..cumanya lepas ni aku ingat kena tambah lagi kicap supaya jadi sebiji macam Kak Farah masak. Masa aku hidang masakan tu, kakak aku ingat tu rendang ayam, sekali makan rupanya bukan. Okay..mak kata sedap. Lepas ni boleh masak lagi tapi aku nak buat sebiji macam Kak Farah masaklah. Camane rupa masakan aku? Haa..jangan gelak ya..sebab takde la rupa sebiji cam kakak kita tu masak sebab kicap kurang dan sambal lebih. hehehhe

Kak Farah, terima kasih banyak-banyak sebab sudi kongsi resipi dengan saya ya. Saya ni memang pencinta kari sebab tu senang tertarik kalau ada resipi berasaskan kari. Hahahha

Okay..till meet again

6 comments:

  1. MCM SDP JE..cmner nk msk ni...

    ReplyDelete
  2. aduuhhh sedap nie :) nak sikit ...

    ReplyDelete
  3. akak pun penggemar kari jugak adik...erks..boleh hari ni baru terjumpa entri ni...he hehe..hari tu cari tak jumpa...

    ReplyDelete

My friend say: