Sunday, September 22, 2013

Ainim's World Turned 3 On 22 September 2013

Assalamualaikum...

Aku nak share sedikit yang hari ni merupakan Anniversary ke-3 akaun Tumblr aku. Haa..jangan tak tahu selain blogspot ni, aku juga ada sebuah lagi blog iaitu Ainim's World. Actually akaun Tumblr ni wujud disebabkan aku ni suka mencuba benda baru. Masa tu Tumblr baru nak jadi popular kot rasanya. Time tu la aku baru beria nak buat akaun kat Tumblr. So, aku memilih Ainim's World sebagai nama tumblr blog aku disebabkan aku ni konon-kononnya nak berada dalam dunia sendiri. Cewah...

Masa memula aku buat akaun ni, memang macam bebal jugalah. Maklumlah first time aku buat akaun kat situ. Haha..ingat lagi, masa tu aku search tutorial kat google macam mana nak guna Tumblr ni. Bolehlah sikit-sikit nak edit. Tapi aku edit simple-simple je lah sebab aku ni pun suka yang simple je. Tapi bila dah siap edit bagai, aku dah tak aktif Tumblr sebab tak ramai kawan kat situ. So, agak terbiar jugalah akaun Tumblr aku tu.

Awal tahun ni, aku mula kembali aktif dengan Tumblr sejak-sejak pakai smartphone. Okay..aku memang lambat pakai smartphone tau. Selama ni handphone biasa-biasa je. Janji ada apps Facebook dan Twitter jadilah. So, bila aku mula guna smartphone, aku pun install Tumblr ni dan link terus dengan Instagram aku. Makanya nampaklah aku kembali aktif dengan Tumblr ni. Hahaha..tapi aku tetap juga update macam biasa akaun Tumblr tu dengan reblog post-post yang menarik.

Oh ya, Tumblr akaun tu aku jadikan tempat untuk aku refleksi diri. Aku banyak share post-post yang bercirikan Islamik sebab aku jadikan ia sebagai bahan bacaan aku. Mana-mana post yang menarik aku reblog atau like entry tu. Aku jadikan ia sebagai panduan untuk aku berubah ke arah kebaikan. 

So, aku happy sebab dah 3 tahun rupanya akaun Tumblr aku. Happy Anniversary Ainim's World.


2 comments:

  1. p/s: WAP tu ada juga buat kat kl.. baru ni dah ada WAP di kl masa bln 5 tapi dneo jonvo masa tu... huhu... tahun2 lepas deno ke kl je... tapi tahun ni pergi JB sbb kat kl dah terlepas

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads