Friday, August 23, 2013

Titipan Kata dan Doa buat Mesir

Assalamualaikum...
Terpanggil aku untuk menitipkan entri khas ini dalam blog picisan ini. Aku yakin kalian sudah maklum dengan situasi meruncing yang sedang melanda bumi anbiya, Mesir. Aku juga yakin kalian, paling tidak pernah share any FB status or apa-apa sahaja artikel related to this current issue. Aku juga sangat yakin bahawa didalam benak hati kalian, terselit rasa simpati terhadap nasib saudara-saudara seagama kita disana. 

Ya, aku tahu Blog Ainim ini adalah blog aku berkongsi kisah peribadi sahaja. Ya, blog ini hanyalah sebagai medium untuk aku meluangkan masa kerana blogging adalah hobi aku. Sering aku nyatakan, blogging adalah hobi aku, justeru, jarang atau tidak pernah aku share apa-apa entri atau artikel yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda Malaysia apatah lagi dunia. Namun, tidak dapat aku nafikan, situasi yang kian meruncing dibumi Mesir sangat merentap hati aku tatkala umat Islam baru sahaja menyambut kedatangan bulan Syawal. Allahuakbar.

Rasanya tidak perlu aku share apa-apa artikel mengenai kejadian-kejadian terbaru di Mesir kerana media arus perdana telah banyak menyiarkan artikel-artikel berkaitan dan aku tidak mahu blog ini menyiarkan gambar-gambar yang bisa merobek rasa hati kecil seorang insan yang lemah seperti aku. Cukup aku katakan, terlalu kejam dan zalim. Nyawa manusia ibarat seperti mainan. "Kau tentang, kami bunuh kamu". Mungkin itu ungkapan yang paling sesuai buat mereka yang kejam itu.


Memang benar, isu ini telah berlarutan bukan sehari atau sebulan, sebaliknya lebih lama daripada yang kita sangkakan. Siapa sangka, orang yang kita sangka baik dan boleh diharapkan, tidak ubah seperti kata pepatah, harapkan pagar pagar makan padi. Itulah yang terjadi kepada Presiden Mohamed Mursi. Jeneral Abdul Fatah as-Sisi telah mengkhianati Mohamed Mursi yang memberi kepercayaan kepadanya sebaliknya dibalas dengan kejahatan. Benar-benar seperti susu dibalas tuba. 
Setelah meneliti dan membaca beberapa artikel berkaitan isu dibumi Mesir ini, walaupun masih banyak yang belum terungkai, namun dapat aku simpulkan tentang betapa tamaknya manusia pada kuasa. Ada apa pada kuasa? Ya benar, dengan memiliki kuasa, kita bisa lakukan apa sahaja. Tamaknya mereka kepada kekuasaan sehingga sanggup membiarkan diri menjadi hamba ketamakan kuasa duniawi. Sedar atau tidak, sebenarnya mereka telah memperbodohkan diri sendiri sedangkan Allah memberi akal untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. 

Apabila syaitan menguasai diri, maka bijak pandai sekalipun boleh jadi bodoh dan buta tuli. Hati yang suka pada keamanan pun akan suka kepada kehancuran. Nilai-nilai murni yang sepatutnya ada dalam diri akan terhakis dan yang tinggal hanyalah sifat-sifat kejam yang menguasai diri. Itulah musuh manusia, musuh Islam. Islam itu indah, agama tauhid dan Islam cukup sempurna. Musuh-musuh Islam ada dimana-mana sahaja kerana syaitan juga pernah berjanji akan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. 

Memang benar, musuh Islam dimana-mana, tetapi sedarkah mereka bahawa bumi yang diduduki ini hanyalah tumpangan dan pinjaman Allah? Kalau kamu memusuhi Islam, pergi kemana-mana diceruk muka bumi ini, waima kamu terbang hingga ke angkasa lepas sekalipun, sedarlah semuanya milik ALLAH SWT. Sedang nyawa kamu juga adalah pinjaman daripada Allah, maka kamu masih berani untuk menentang agama Allah? Kamu masih berani memusuhi Islam? Nyata kamu memang tak sedar diri. Jangan berani mengaku dirimu sebagai seorang Islam jika saudara seagama kamu bunuh. Jangan berani mengaku dirimu penegak kebenaran andai kamu bersekongkol dengan mereka yang memusuhi Islam.

Jangan kamu bongkak dengan kuasa yang kamu ada. Jangan kamu takbur dengan senjata yang kamu miliki. Kamu hanyalah pengecut yang cuma tahu menggunakan senjata bagi mereka yang berani menentang kamu kerana ALLAH. Kamu boleh bunuh seberapa ramai orang yang kamu mahu, tapi ingatlah, tiada kemenangan yang akan kamu peroleh sehingga kamu juga akan alami nasib yang sama diatas kekejaman kamu. Pelajari sejarah pemimpin terdahulu. Masih tidak mahu ambil iktibar dan pengajaran? Ya, memang benar telahan aku bahawa kamu adalah sebodoh-bodoh manusia yang tak tahu menggunakan akal fikiran. 

Aku cukup yakin bahawa segala yang berlaku ini hanyalah permulaan kepada penyatuan semua bangsa Arab sebelum berlakunya kiamat. Aku cukup yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada Islam. Kemenangan tetap akan berpihak kepada yang benar-benar berhak. Aku cukup yakin dan sangat yakin kerana aku yakin, ini semua adalah rencana dan aturan ALLAH SWT. Setiap yang berlaku pasti terkandung hikmah disebaliknya. ALLAH menguji hambaNYA kerana DIA tahu bahawa mereka cukup kuat untuk hadapi dugaan ini. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan ahli keluarga bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima apatah lagi mereka dibunuh dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan. Diperlakukan seperti binatang. Namun, aku kagumi setiap lafaz yang mereka ucap demi menegakkan keadilan. Mereka benar berani kerana ALLAH. Suatu semangat yang aku sendiri tidak mungkin ada dalam diri. Setiap langkah untuk memperjuangkan kebenaran dibaluti keyakinan bahawa ALLAH itu ada untuk membantu. Mati mereka mati syahid. InshaAllah.

Aku hanyalah manusia kerdil. Kuasa dan tenagaku tidaklah sekuat mana. Aku hanya mampu menulis entri menitip kata simpati. Jauh disudut hati ini, menangisi nasib yang menimpa saudara Islamku disana. Saat aku bergembira menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kesyukuran, saudara ku disana bertarung untuk mendapatkan kembali keamanan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana lahir dibumi Malaysia. Walau ada ancaman untuk mencemarkan kemuliaan Islam, kita masih punya pemimpin, ulama dan masyarakat yang benar-benar perihatin terhadap agama Islam. Sedang mereka disana yang berada dibumi dimana Islam telah lama bertapak, semakin terhakis nilai-nilai keislaman itu.

Aku dan kalian semua tak mungkin dapat kerah tenaga untuk berbakti disana tetapi kita punya senjata yang lebih berharga iaiti Doa. Senjata orang mukmin itu ialah doa. Sentiasalah titipkan doa buat saudara kita disana. Berdoalah semoga keamanan dan kebenaran akan kembali ditegakkan. Doa aku agar keamanan dan Islam akan kembali ditegakkan. Doa aku agar saudara ku disana sentiasa tabah dan kuat hadapi ujian hebat ini. Doa aku agar ALLAH binasakan kaum yang memusuhi Islam atau setidak-tidaknya berilah pengajaran yang paling berguna agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu hanyalah sia-sia.

Mari amalkan Qunut Nazilah sebagai doa untuk saudara kita disana. InshaAllah, seandainya kita benar-benar ikhlas berdoa, ALLAH akan dengar dan makbulkan doa kita. Wallahualam

Aku menulis entri ini bukan untuk mendapat perhatian sebaliknya menzahirkan apa yang jiwa aku rasai sekarang. Maafkan aku kiranya membuatkan kalian terpaksa membaca entri panjang ini. Semoga kita semua beroleh iktibar dan pengajaran daripada apa yang telah terjadi ini.

Wallahualam.
IKLAN

13 comments:

  1. sama2lah kita berdoa buat mereka...

    ReplyDelete
  2. walau tak dapat berjuang disana, kita boleh kirimkan doa untuk saudara-saudara disana...

    ReplyDelete
  3. Smoga saudara2 kita disana sentiasa dibawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  4. Mari kita doakan mereka di sana.

    ReplyDelete
  5. semoga mereka tabah dan sama2 kita doakan mereka...

    ReplyDelete
  6. akak, cerita dressing kat sini : http://dayangdeno.blogspot.com/2011/04/deno-pergi-dressing.html

    ReplyDelete
  7. hai..pest time sggh sni..and folow..
    em sy tak cukup kuat nak bace pasal apa yg jadi tu..
    sama-sama kita doa kay =)

    ReplyDelete
  8. dunia benar-benar dah berada di hujung nyawanya.. tunggu kemunculan imam mahadi je ni..

    ReplyDelete
  9. sama-samalah kita berdoa mereka disana

    ReplyDelete
  10. Semoga mereka sentiasa dalam lindungan Ilahi...

    ReplyDelete
  11. memang elok sgt la buat entri ni..rmai yg x sedar lg..saudara kite kt sna ngah berperang kite kt sini duk bersuka ria..byk2kn berdoa.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads