Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke 56

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 56 buat semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah, setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuh untuk mengekalkan keamanan ini, kita masih mampu tersenyum bangga kerana kemerdekaan ini telah mencapai usia separuh abad.

Tanggal 31 Ogos 1957 tidak mungkin akan dilupakan buat semua rakyat Malaysia. Slogan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku ini sangatlah tepat dan wajar digunakan setelah terjadinya peristiwa berdarah di Lahad Datu awal tahun ini. Menjaga kedaulatan negara bukanlah tugas penjaga keamanan semata sebaliknya perlukan kerjasama dari semua rakyat. 

Marilah kita ambil iktibar daripada pelbagai insiden dan peristiwa pahit yang telah berlaku sebelum ini dan jadikan ia sebagai pembangkit semangat untuk kita sama-sama menjaga keamanan dan kestabilan negara dari segala segi. Kalau bukan kita sebagai warga Malaysia yang menjaga kedaulatan negara, siapakah lagi? Tanyakan soalan itu pada diri dan gunakan akal sewajarnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 56

2 comments:

My friend say:

Nuff Ads