Monday, August 05, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum..

Seharian tak mengadap blog tercinta ni. Sempat blog walking blog kengkawan je. Aku sebenarnya sibuk buat kuih raya semalam. Alhamdulillah, dapat juga 4 jenis kuih raya hasil air tangan kami adik beradik. Nak rasa? Jemput datang ke rumah ya.

Okay, lagi berapa hari nak raya ni. Ramai dah rakan-rakan blogger ucap Selamat Hari Raya dan siap ada e-card lagi. Aku pun tak ketinggalan juga nak ucap Selamat Hari Raya buat rakan-rakan dan juga pengunjung blog AinimRashihah ni.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat blogger dan juga buat pengunjung blog ini. Maafkan andai ada salah silap sepanjang aku menulis entri dalam blog ini. Maafkan aku andai ada terkasar bahasa yang mengguris rasa kalian sepanjang aku aktif menulis selama hampir setahun ini. Maafkan juga andai aku ada tersalah kata sepanjang aku memberi komen dalam setiap entri kalian semua. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada ALLAH SWT dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan aku sebagai seorang manusia biasa.

Semoga Hari Raya kali ini akan memberikan seribu kegembiraan buat kita semua. Raikanlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan kenikmatan. Kepada yang bakal atau sedang dalam perjalanan balik kampung, pandulah dengan berhati-hati. Ingatlah keluarga tersayang yang sedang menanti kepulangan kalian. Buat yang tak dapat pulang beraya bersama keluarga, janganlah terlalu bersedih dan berduka ya. Cekalkan hati ya.

Ok..aku tak nak cakap pangjang. Semoga ukhwah yang telah terjalin akan kekal buat selamanya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

IKLAN

5 comments:

  1. selamat hari raya..

    maaf salah silap yer :-)

    ReplyDelete
  2. slmt ari raya..jie pn minte maf...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri gak...
    Kami pun nak minta maaf kalau ada salah silap.. kim slm kat family gak (^_^)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ya ainim...

    ReplyDelete

My friend say: