Wednesday, August 07, 2013

Persiapan Raya..Kemas Mengemas

Assalamualaikum..

Hari ni, Rabu, aku dah mula bercuti untuk menyambut Hari Raya yang bakal jatuh pada Khami ini, InshaAllah. Punyalah aku excited terlebih nak bercuti sampaikan aku jadi ala-ala malas nak buat keje kat ofis ditambah dengan kesunyian sebab ramai orang unit yang dah bercuti. Nasib Kak Aida ada..ada geng nak menyembang.

OK..memandang sekarang pukul 1.50am, dan aku masih berjaga, aku sebenarnya sedang mengemas rumah ni. Baru simpan oven sebab dah setel buat kuih raya kan. Lepas ni aku nak kemas sikit-sikit sementara nak menunggu waktu bersahur. Lepas subuh nanti kalau ngantuk baru aku tido kejap.

Banyak nak kemas ni. Mak baru je beli karpet baru untuk ruang menonton TV. Karpet yang ada ni masih baru lagi sebenarnya tapi mak nak ganti sebab nak letak karpet yang sedia ada ni dalam bilik Kaknyah. So, karpet baru ni pengganti la kiranya. Tapi sebelum bentang karpet baru, kenalah mop dulu lantai rumah, ya dak. 

Langsir pun nak kena pasang ni. Tapi esok kot aku buat. Sebab aku malas nak memanjat kerusi pepagi buta ni. Sambil mengemas, sambil menonton tv dan sambil tu sempat lagi curi masa untuk update entri baru. Bijak tak aku? Hahaha (perasan). 

OK..till meet again

IKLAN

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri :D
    http://storystorynadya.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya.html

    ReplyDelete

My friend say: