Monday, August 19, 2013

Opah Anim? Hahahah

Assalamualaikum...

Entri ni adalah kesinambungan daripada entri Wordless Wednesday # 1 [14.08.2013]

Kisahnya bermula masa raya ketiga haritu. Abang sepupu aku datang bersama-sama dengan ahli keluarga beliau. Kalau korang dah baca entri Meriahnya Raya Part 4 yang aku taip sebelum ini, mesti dah dapat agak siapa baby ni, tetapi kalau belum, sila habis baca cerita aku ni ya.
Abang sepupu datang bersama-sama dengan isteri-isteri dan anak-anak beliau. Antaranya yang hadir adalah anak dari isteri pertama dan ketiga. Anak dari isteri pertama ni, ku panggil Oyin, dah kahwin dan telah mempunyai seorang bayi yang berusia empat bulan. Namanya baby Izara Sofea. So, memandangkan Oyin adalah anak saudara aku, makanya baby Izara Sofea ni adalah CUCU aku. Ni yang buat aku tergelak sebab aku baru je 27 tahun dan dah ada panggilan Opah.
Opah ni panggilan nenek untuk orang Perak. Kisahnya mak aku ni anak bongsu dalam adik beradiknya. Arwah kakak sulong mak pun dah boleh aku panggil Opah tau. So, abang sepupu aku ni pun beza 2 tahun je dengan mak even Oyin pun tua skit dari aku. 

Masa mula-mula tengok Izara je aku dah terbayang dan terfikir, apa la aku nak gelar diri ni. OPah? Oh..so oldies sangat ku rasa. Kah kah kah. Mak cakap, reda je la. Hahaha. Aku cuma mampu gelak je tapi disebabkan baby ni comel dan baik, so aku pun ok je la nak gelarkan diri ni Opah. HAahah.. Kaknyah tak nak sebab dia kata biar nampak moden sikit. Nak panggil apa kalau nak nampak moden ek?

Okaylah, gitulah cite pendek untuk kali ni. Tak lawak pun cumanya aku rasa kelakar sikit sebab aku dah jadi Opah. Walaupun bukan cucu kandung cuma cucu saudara, tetap gelaran tu dah ada kan. Hehehe..aku pasti mesti diantara korang pun sama macam aku kan. Hehehe

Okaylah,..till meet again

IKLAN

1 comment:

  1. opah-opah je lah...yang penting orang tetap cantik lagi muda gitu...hahaha

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads