Tuesday, August 27, 2013

Migraine lagi

Assalamualaikum...

Dua hari ni agak sengsara buat aku sebabnya diserang migraine yang agak teruk buat aku. Aku mula kena migraine awal tahun ni. Masa first time kena tu memang tak tahan betul rasanya. Aku sangkakan hanya sakit kepala biasa tetapi rupanya migraine.

Pertama kali dalam hidup masa tu kena makan ponstan. Kawan aku, Ida suruh tuam kepala dengan ais kat bahagian kepala yang sakit. Memang menjadi juga la. Tapi agak penatlah mulanya dan rasa tak selesa. Tapi disebabkan nak sihat, aku gagahkan juga tuam kepala dengan ais.

Hari sabtu malam, sekali lagi aku kena migraine. Ya Allah, mulanya aku ingat sakit kepala biasa. Tapi aku rasa makin teruk masa aku beraya kat rumah member aku, Syaf di Rembau. Memang rasa tak boleh nak buka mata tapi aku tahankan aje. Masa ambil wuduk untuk solat zuhur, aku basahkan kepala aku supaya rasa lega sikit. Bolehlah tahan setengah jam.

Masa drive balik ke Putrajaya, aku rasa kepala macam nak pecah je. Tapi aku tahankan aje la sebab sapa nak drive kereta kalau bukan aku kan? Dalam hati aku doa supaya Allah beri aku kekuatan untuk bertahan. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah juga. Tapi sampai je rumah terus terbaring atas katil tak bermaya dah.

Agak lewat malam rasa lega sikit. Tapi tetap rasa sakit tau. Siang tadi masa sampai ofis, terus terbaring disurau sebab migraine kembali sampai tak boleh buka mata. Sepatutnya mula keje pukul 8am tapi aku mula keje pukul 10am. Punyalah sakitnya. Sampai pucat muka aku dibuatnya. Nasib masa cite kat Kak Aida, Rizman terdengar. Dia bagi aku panadol extra. Alhamdulillah, lega sikit la cumanya takleh gerak banyak.

Aku nak minta maaf kepada kengkawan blogger kerana masih belum sempat habiskan blog walking blog kalian semua. Kalau korang ada follow Instagram aku mesti tak percaya yang aku tak sihatkan. Aku cuma boleh tengok skrin hp je sbb lighting tak kuat. Aku ngadap laptop ngan PC je terus tangkap kat mata. Ya Allah sakitnya sampai takleh nak buka mata.

Insha Allah, hujung minggu ni kalau berkesempatan aku akan cuba habiskan blog walking ya. Rabu hingga jumaat ni aku tiada dirumah kerana berkursus. Maafkan aku ya kengkawan.

Okay..till meet again

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Sokay kak anim. Rest okey. Semoga akk cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  2. alahai kesiannya akak... rehat la kak... nanti sihat baru sambung blog.. deno tahu mcm mana migrain ni, deno pernah teruk sampai masuk hospital... jadi muntah2...

    take care ya kak^^

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh. Amalkan surah Al-Waqi'ah ayat 19. Ni utk sakit kepala & migrain.

    ReplyDelete

My friend say: