Thursday, August 01, 2013

Metrojaya Raya Warehouse Sale @ PICC Putrajaya

Assalamualaikum..

Maaflah tiada semalam tak aktif sebab aku tak sihat ditambah aku ada urusan dihospital berkaitan vertigo aku. Nak jadi cerita, Doktor Prema, yang check aku pagi ni membebel sebab doktor kat ED, Hospital Putrajaya salah bagi date kat aku. Patutnya aku datang petang masa hari aku pergi hospital bulan lepas sebab masa tu aku tengah sakit teruk. Ni, dia bagi date sebulan lepas aku sakit tu. Hahah..nasib bukan aku yang kena marah. So, next month kena datang lagi untuk buat audiology test pulak.
OK..berbalik kepada tajuk entri hari ni, kiranya dah nak basi kot cerita ni. Tapi memandangkan Hari Raya dah nak dekat, aku nak juga cerita kisah kembar aku bershopping sakan. Hahah..kembar aku ni memang kaki shopping la juga sebab kalau korang ajak dia gi shopping, confirm ada je yang dia beli waima sesimple atau sekecil benda pun dia boleh beli. Haa...memang true shopper. Kekeke

Thanks kepada sorang blogger ni (sapa tah aku tak ingat) yang update entri berkenaan Metrojaya Sale kat PICC. Aku terus bagitau kembar aku pasal sale ni. Apa lagi, dia cakap kat aku Sabtu petang masa dia nak pegi keje, "Malam ni kita pegi Metrojaya Sale nak?". Aku pun apa lagi, okay je lah. Ye la, kan dah nak raya, mana tau ada kasut ke beg ke yang murah2 boleh beli. Hik hik hik.

Malam tu juga kitorang pergi bawa anak buah kami Aisyah. Kitorang pergi dengan sorang member kembar, Kak Bavani. Sampai je dalam pukul 840pm. Masa tu dok fikir, ada dalam sejam untuk shopping kot. Setibanya kat situ, kitorang pun terus memulakan pencarian barang-barang keperluan yang boleh dibeli. Haa,..masa ni korang tengok la manusia punyalah ramai. Tak kira bangsa dah. Melayu, Cina dan India semua dok kerumun beli belah. 
Memandangkan diskaun yang sangat menarik, dengan barangan pelbagai jenama, memang berbaloi duit yang kita spend kat sale ni. Diskaun bermula dari 10% hingga 70%. Dari barangan kanak-kanak hingga ke barangan dewasa. Dari perkakas dapur hinggalah perkakas dan hiasan rumah. Sapa tak nak kalau dah murah sangat kan. Selain itu, yang menariknya walaupun ramai orang, tak kelam kabut tau kat kaunter pembayaran. Sangat tersusun dan takde pening nak pergi kaunter mana satu. Memang pihak Metrojaya control supaya takde kelam kabut.

So, hasil dari shopping tu, kami beli baju untuk Aisyah, beg tangan dan perkakas dapur. Memang berbaloi betul kali ni. Sampai rasa juling mata nak beli sume barang. Hahah..yang paling best sebab handbang murah2 kot. Hahah..perempuan kan..handbang itu satu kemestian. Kekekek

OK..begitulah kisahnya Metrojaya Sale ni. Sekarang ni berlangsung jualan hari raya di Komplek Perbadanan Putrajaya. Dengar kata banyak juga barang yang dijual dan murah. Betul murah ke tak aku tak sure la sebab tak pergi memandangkan keperluan raya aku dah hampir siap semuanya. 

Ok..till meet again

5 comments:

  1. harga berbaloi okey sgt.
    kalau nak raya mmg bnyk sale hehe

    ReplyDelete
  2. bestnya shopping mopping .. hehehe

    ReplyDelete
  3. sale..sale.. ramai betul orang!

    ReplyDelete
  4. amboi shopping sakan akak :)

    ReplyDelete
  5. amboi kakkkkk, shopping sakan ye..jelesnya.. sy x berduit bnyk.. tak blh pegi tmpat camtu..kang kering trus poket..hehe

    ReplyDelete

My friend say: