Sunday, August 18, 2013

Meriahnya Raya Part 5

Assalamualaikum...
Jemput baca

Kalau dah selesai baca semua part kat atas tu, dah bolehlah baca part 5 ni pula ya. 

Semalam, hari Sabtu 17 Ogos 2013, aku dan kengkawan pergi beraya ke rumah kawan2 ofis. Actually, program ni kami rancang awal2 since sebelum raya lagi. Rasanya kira-kira dua minggu sebelum raya. Haa, beria tak kami? Tak kisahlah kan, niat kami pun baik sebenarnya. Aku, Kak Aida, Ridzuan dan Syafreena, kami berempat je yang dapat berkumpul. Khairiah tak dapat join sebab masih di Kelantan. Kami berkumpul dipejabat. Nak cite sikit, semalam sesak betul kat Menara MATRADE dek kerana pelancaran model baru Proton.
Kami bertolak dari ofis ke rumah pertama iaitu Kak Ina. Perjalanan mengambil masa yang singkat akan tetapi disebabkan kami tak sure lorong rumah Kak Ina yang mana satu, menggagau jugalah nak cari rumah Kak Ina. Lepas aku call untuk dapatkan kepastian rumah Kak Ina, barulah kami jumpa rumahnya. Sesampai je kami disambut oleh Kak Ina. Kak Ina rupanya tengah hidangkan makanan di atas meja. Kami dihidangkan dengan lasagna, ketupat, mihum goreng, kuah kacang dan rendang. 
Disebabkan kami ni memang memasing semuanya lapar, jadi kami makan memang tak ingat dunia. Tambahan pula, sedap belaka. Menu semuanya memikat hati. Aku, Kak Aida, Ridzuan dan Syafreena pun makan dengan nikmatnya. Terima kasihlah Kak Ina, buat susah2 je masakkan untuk kami. Hahaha..Masing-masing isi perut, siap bertambah lagi. Hahahah. Sambil makan sambil berbual, ibarat cam setahun tak jumpa katanya. Perut dah kenyang, berbual pun dah habis topik, kami minta diri untuk ke rumah kedua pula.
Nak jadi ceritanya, kami ni nak terjah je rumah sesiapa yang sedang free. Call orang itu, call orang ini, sudahnya sorang je berjawab, iaitu Aiman. Makanya, destinasi kedua kami ialah rumah Aiman. Rumah Aiman tak jauh dari rumah Kak Ina tapi disebabkan jalan jam, rumah yang dekat pun rasa jauh tau. Sampai kat rumah Aiman, kami disambut oleh Aiman dan ibunya. Baik mak Aiman, peramah orangnya.
Dirumah Aiman, kami dijamu dengan sate dan kuih muih raya. Haa, lama tak jumpa Aiman, banyak yang kami bualkan. Dari satu topik ke satu topik. Dari A sampai ke Z, macam-macamlah. Sampai aku pun terlupa apa yang kami bualkan sebab banyak topik. Hahaha. Makannya sikit je sebab kami dah melantak kat rumah Kak Ina. Tapi kerepek yang ada kat rumah Aiman memang sedap. Lagi satu nak cite, air yang Aiman buat sedap sangat. Kebetulan cuaca panas, apa lagi, masing-masing haus pulak tu. Lagilah sedap air tu. ehehe
Hampir pukul 3pm, kami mohon diri untuk teruskan destinasi. Ke mana kami? Mana lagi kalau bukan rumah baru Kak Aidalah. Kami ni memang teringin sangat nak jejak kaki ke rumah baru Kak Aida di Puncak Saujana. Rumah tu Kak Aida belum masuk lagi tapi semuanya dah siapla. Hehehe. Kami jadi rakan2 yang terawal untuk beraya. Hahaha. Beraya rumah orang bujang yang memang betul2 cara orang bujang.

Sampai kat rumah Kak Aida, ada cerita kelakar bila grill pintu takleh buka sebab Kak Aida tak bawa kunci. Tapi entah macam mana ada 'magic' buka pintu utama dah boleh buka grill pintu. Kagum aku dengan rumah baru Kak Aida. Cantik tau renovation kak Aida buat. Teringin nak rumah macam tu tapi belum mampu lagi. 
Rumah Kak Aida masih tak banyak perabot memandangkan baru je siap renovation. So, Syafreena dah siap bawa desert hasil tangan dia, tiramisu dan brownies. Selesai sesi nazir rumah Kak Aida, time to makan. Aku paling suka time ni sebab santai gila tau. Rumah bujang dan orang-orangnya pun bujang, maka menu pun menu bujanglah. Kami makan apa yang ada je. Ais ketul pun amik dari rumah sebelah, rumah adik Kak Aida. Air pun mineral water sebab kami haus sangat. Sambil makan, kami berbual. Macam-macam yang kami bualkan. Sambil berbual mengenai rumah baru kak Aida. 
Haa..begitulah cerita raya Part 5 aku. Meriah walaupun hanya 3 rumah yang kami pergi. Sekurang-kurangnya dapat eratkan jalinan silaturrahim dan dapat ziarah kengkawan yang jarang jumpa. Heheh.. Thanks to Kak Aida sebab jadi driver kami dan Syafreena yang sanggup turun dari Rembau sebab nak join kami beraya dan Ridzuan sebab sporting ikut kami walaupun dia seorang je lelaki. Watak wajib kami Ridzuan ni.
Oh ya, minggu depan 24hb Ogos, jika diizinkan, keluarga aku akan buat open house. Jemputlah datang pada yang berkesempatan ya. Kalau nak datang emel je aku, nanti aku bagi alamat rumah ya. Manalah tau berpeluang jumpa kengkawan blogger, selama ni kita dok berbual dalam blog je kan.
OK..till meet again.

IKLAN

5 comments:

  1. bestnya kak anim hehe
    seronok tengok akak beraya. kalah nad keke

    ReplyDelete
  2. seronoknya tengok adik beraya tau..hihi...
    jangan lupa ajak cik akak sekali..hihi...

    kerusi rumah tu cik akak suka tengok...tanya mana nak dapat..hahaha

    ReplyDelete
  3. Nad, 24hb ni kita raya sesama ya

    Cik Aka, hehe, kalaulah akak dekat semenanjung, dapat kita jumpakan..kerusi yang warna apa kak? coklat ke hijau?

    ReplyDelete
  4. Wah meriahnya raya dia.. mesti best kan.. ;)

    ReplyDelete
  5. meriah sgt2 raya tahun ni ek...balik dr beraya tu confirm cr katil ler jawabnye...sy yg dok baca entry ni pun terasa kenyangnye...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete

My friend say: