Tuesday, August 13, 2013

Meriahnya Raya Part 4

Jemput baca


Assalamualaikum...
Seharian aku keluar beraya hari ni ke Pahang, rumah Mak Andak, kakak Mak aku. Tapi yang aku nak ceritakan untuk Part 4 ini ialah kisah beraya dengan abang sepupu. Hari Sabtu lepas, abang sepupu aku datang beraya ke rumah kami diPutrajaya ni. Abang sepupu yang aku panggil Yob (panggilan abang sulung untuk orang Perak) datang bersama dua daripada 3 isterinya dan 4 orang anaknya dan juga seorang cucu. Yob datang dalam pukul 1030 am lebih kurang la.

Kunjungan Yob sekeluarga memang kami nantikan kerana memang meriah kalau Yob datang. Nak jadi cerita, anak saudara aku, Nolyn dah kawin dan dah ada baby berusia 4 bulan. So, aku sekarang ni jadi Opah sedara la. Adoi..hahaha...terasa tua aku bila tetiba jadi opah padahal umur baru je 27 tahun.kekeke. Lama juga Yob beraya kat rumah aku dan sempat aku melayan si kecil Izara Sofea. Comel dan baik je baby ni.
Kalau tak clear video ni, boleh tengok kat link instagram aku sebelah ni... Cucu Saudara Baru. Dirumah kami, bihun sup jadi menu utama disamping ketupat dan rendang, hidangan wajib hari raya. Wah, berselera betul aku tengok keluarga Yob makan, Alhamdulillah.

Sebelum pulang, Yob jemput kitorang beraya ke rumahnya di Shah Alam. So, mak siap2 pesan kat kitorang supaya jangan ada apa-apa hal hari ahad sebab nak ajak kitorang beraya ke rumah Yob pulak. So, seperti yang dirancang, kami bertolak ke rumah Yob petang ahad tu ke Shah Alam. Kakak aku sekeluarga je tak ikut sebab dorang dah book tiket wayang awal2.
Dirumah Yob, kami dihidangkan dengan laksa dan kek coklat. Ada juga buah-buahan dan kuih raya. Laksa tu best sebab laksa utara la katakan, kena sangatlah dengan selera kami orang Perak ni kan. Hahahah. Sempat juga kami melayan Izara Sofea yang baru je lepas mandi. Sukanya aku melayan si kecik tu. Bukannya apa, sebab dia baik sangat dan tak meragam pun kalau orang lain yang pegang dia. Padahal baru je dua kali jumpa dengan kami ni.

Seronok juga berbual-bual dengan keluarga Yob disamping kekecohan Yob melayan game badminton Dato' Lee Chong Wei lawan dengan Lin Dan semalam. Adoi, kelakar pula aku tengok Yob terlebih emo sebab risau Dato' Chong Wei kalah..kekekke..sudahnya kitorang yang gelak sakan sebab tengok Yob camtu.
Kami pulang ke rumah dalam pukul 8.30pm. Walaupun sebuah rumah je kitorang pergi Ahad tu, tapi rasa macam pergi dua tiga rumah sebab lama kat situ. Hehehe..ok..gitulah cerita raya Part 4 aku. Nanti kalau rajin aku update Part 5 aku beraya di Pahang sehinggalah part terakhir aku beraya ke mana pun aku tak sure lagi.

Okay, sebelum stop menulis, aku nak minta maaf andai aku lambat berkunjung ke blog kalian ya sebab aku hanya sempat online lewat malam je. Lambat ke cepat ke aku tetap akan ziarah blog kalian ya.

Okay..till meet again.
IKLAN

4 comments:

  1. mmg betul2 meriah nie dengan part 4 agy wow! :D

    ReplyDelete
  2. Nad, nnt kalau ada part 5 akak up entri baru ya

    Fae, mari turun Putrajaya..heheh

    ReplyDelete
  3. bestnya beraya kak..saya hari ahd tu dah duk atas highway nak balik ipoh..hehee

    ReplyDelete

My friend say: