Sunday, August 11, 2013

Meriahnya Raya Part 2

Jemput baca Meriahnya Raya Part 1

Assalamualaikum...
Pagi raya tu, aku bangun dalam pukul 6.15 am tapi mandi pukul 6.30am. Lepas solat Subuh je, terus amik baju untuk iron. Aku iron baju aku dan mak sekali. Kaknyah pula sediakan breakfast untuk kami sekeluarga while kakak aku siapkan Aisyah. After breakfast, Aku, kakak, abang long, Kaknyah dan Aisyah siap2 untuk ke masjid bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Mak dan kembar tak sebab hal2 tertentu.

Kami ke Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Ramai betul orang pagi tu. Sebenarnya hajat aku nak ke Masjid Putra sebab aku suka masjid tu. Hehehe..tapi sebab adik beradik nak pergi Masjid Sultan Mizan sebab masjid tu sejuk, aku ikut je la. Lepas solat Aidilfitri, kami pulan ke rumah untuk bersiap2 nak balik Perak. 

Selepas selesai bersiap, sebelum bertolak, kami sempat bersalaman memohon maaf sesama kami. Dimulakan dengan abang long dan kakak, diikuti kaknyah, aku dan kembar dan akhir sekali, Aisyah. Kami salam mak ikut giliran. Masing-masing bagi duit raya kat mak ikut kemampuan dan untuk Aisyah, haruslah dapat juga dia kan. 
Kami bertolak balik ke Perak dalam pukul 11.45 am. Jalan punyalah jam teruk. Dari Damansara lagi dah jam kau sampai ke highway jangan cakap la jam. Aku rasa berapa kali aku ulang tido pun tak sampai2 juga. Hahaha. Kaknyah dah tension sebab kereta gerak slow sangat. Kitorang sampai di Teluk Intan, Perak dalam pukul 4pm. Sampai je terus check in hotel dulu. Lepas check in, kitorang terus gerak ke rumah De, kakak mak di Cenderung Balai. 
Nak jadi cerita, disebabkan lapar sangat, kitorang makan punyalah nikmatnya kat rumah De. Macam orang tak jumpa nasi seminggu. Hahaha.. kat rumah De, kami dihidangkan dengan soto, pecal, rendang kerang dan lemang. Disamping tu, ada kuih-muih tu wajib la kan. Hehehe.

Selesai makan, kitorang lepak2 sambil berbual dengan sepupu dan sedara mara. Seronok sebab lama tak jumpa. Memang meriah sebab tengok mak dan sedara mara semua berbual. Abang ngah dan abang long berbual memang meriah tengoknya. Aku pula layan drama kat tv. 
Dalam pukul 6pm kitorang gerak pulang sebab nak beraya kat rumah seorang lagi kakak saudara kami, Cik Ro. Tapi kami sampai lambat sebab jalan jam kerana ada accident. Sampai je kat rumah Cik Ro, kitorang dijamukan dengan laksa, nasi himpit, kuah kacang, lemang dan rendang ayam. 

Selesai dirumah Cik Ro, kitorang bertolak pulang ke hotel. Letih dah badan ni. Sampai je hotel, terus baring dulu dan aku terus mandi sebab dah tak tahan badan rasa melekik. Malam tu aku, kaknyah dan kembar keluar jenjalan sekitar bandar Teluk Intan. Lamanya tak jalan kat situ. Kami jalan kaki je sebab hotel kami menginap betul2 terletak ditengah2 bandar Teluk Intan, iaitu Hotel Anson. Begitulah cerita hari raya pertama aku dan keluarga.

OK..nanti aku sambung Part 3 ya.

IKLAN

4 comments:

  1. jauhnya g raya..sronok jumpe sedara2 ni..

    ReplyDelete
  2. Wahhh...sedapnya makan......yang paling tak tahan bab jammed tuhh.....

    ReplyDelete
  3. Raya2 layan program tv syok jugak kan..byk citer best dok tayang.. :)

    ReplyDelete

My friend say: