Tuesday, August 20, 2013

Kenapa Ainimrashihah?

Assalamualaikum...

Terdahulu, ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada adik aku, Nadya kerana buat entri khas untuk kakaknya ini. Terima kasih juga kepada follower baru blog ini. Aku masih belum sempat menziarahi blog kalian semua memandangkan baru sahaja dapat buka blog ini. Maklumlah, kerja dipejabat terlalu banyak nak kena siapkan. Jangan risau ya, aku tetap akan cuba blog walking blog kalian semua dalam minggu ni juga, Insha Allah.

Okay, untuk entri kali ini, aku nak explain serba sedikit kenapa nama url blog aku ainimrashihah. Ada juga beberapa orang pernah bertanya kenapa Ainimrashihah? Apa maksudnya? Dan tak kurang juga yang bertanya kenapa username aku Ainimsuju? OK..meh sini aku explain ya.

Ainimrashihah tu sebenarnya singkatan dan gabungan nama aku, kembar dan ibu bapa kami. Ainim tu gabungan nama aku dan kembar, Ain + Anim = Ainim. Rashihah tu pula gabungan nama arwah abah dan juga mak aku, Rashid + Halihah = Rashihah. Makanya aku gabungkan menjadi Ainimrashihah. Sepatutnya dieja jarak kerana seolah-olah ada dua perkataan. Namun, oleh kerana aku jadikan Ainimrashihah ini sebagai url blog ini, makanya ejaan itu menjadi rapat. 

Aku cukup selesa dengan nama ini dan nama ini sebenarnya ku dedikasi khas sempena nama-nama orang yang paling aku sayang dalam hidup aku. Adakalanya juga aku akan buat watermark guna nickname ini untuk gambar-gambar yang aku share dalam blog, twitter mahupun di Facebook supaya gambar-gambar itu punya identiti tersendiri. 

Okay..berkaitan dengan username aku, Ainimsuju pula. Ainim tu seperti yang aku dah terangkan kat atas tadi ya. Suju tu singkatan daripada nama idol group Korea yang paling aku dan kembar suka, siapa lagi kalau bukan Super Junior. Makanya, dikalangan kengkawan E.L.F (Everlasting Friends), nama fanbase Super Junior, aku dikenali sebagai Ainimsuju. Kalau korang check Twitter pun, aku menggunakan nama ini sebagai nama samaran. Lebih selesa dan senang nak ingat.


Walau bagaimanapun, nama Ainim tu paling senang orang ingat dan ramai yang menyangka nama aku Ainim. Heheheh. Bukan, nama aku sebenar, Anim je tapi aku tetap selesa bila kawan2 blogger panggil Ainim kerana itukan nama samaran aku didunia maya ini. Bukan tak nak guna nama sebenar, cumanya aku memang selesa dengan nama samaran ini. Tambahan pula sebelum ini, aku suka menulis puisi atau kata-kata semangat dalam sebuah buku. Setiap akhir penulisan akan aku tulis nama samaran ini. 


Haa..begitulah ceritanya kenapa nama samaran aku jadi Ainimrashihah dan Ainimsuju. Pada kengkawan yang nak cari aku selain dari blog ini, boleh cari aku di Twitter @Ainimsuju ya. Nanti kalau dah follow sila mention aku supaya aku boleh follow korang balik.

Okay, setakat disini dahulu aku bercerita. Till meet again

IKLAN

7 comments:

  1. saya rasa awak lagi serasi dengan nama ainim ni.. betul tak?

    ReplyDelete
  2. sebelum Nad tau nama kak anim pun nad ingat nama akk ainim hehe

    ReplyDelete
  3. wah cam tu rupanya...hihi...
    :)

    ReplyDelete
  4. hohoho.. baru tauuu.. suka nama ainim suju tu... he2

    ReplyDelete
  5. Ooo..mcm tu ye..ada cerita disebalik nama tu..=D

    ReplyDelete
  6. waaaah, tu rupanya kisah disebalik ainimrashihah. terhafal teros. huhu.

    ReplyDelete
  7. cantik nama2 tu bila digabungkan... :)

    ReplyDelete

My friend say: