Friday, August 02, 2013

Hari Raya Hampir Tiba

Assalamualaikum...

Hari-hari terakhir sebelum cuti beraya ni memang terlebih busy kat ofis. Lebih dari kebiasaan sampai nak jengah blog pun tak sempat. Nak buat camane kan. Kerja itu tugas hakiki yang perlu diselesaikan kerana itu adalah punca mata pencarian sedangkan blog ini sebagai hobi. Baiklah, mari kita mulakan cerita.

Tup tup..lagi berapa hari je nak raya kan. Tak sedar masa berlalu dek dihambat kesibukan urusan kehidupan. Setiap daripada kalian mesti ada cara tersendiri untuk menghabiskan baki hari-hari terakhir Ramadan ini. Walau apa pun, aku doakan yang terbaik untuk kalian semua.

OK..bagaimana persiapan raya? Ini isu wajib ada dalam entri blog ni. Hehehe. Kurang lebih seminggu je lagi untuk kita menyambut Hari Raya. So, bagaimana persiapan kalian untuk sambutan Hari Raya ini? Dah siap semuakah? Ke ada yang masih terkial-kial hendak membeli kelengkapan perayaan? Haa..kalau dah prepare awal-awal tu baguslah kerana anda bijak merancang. Bukan apa, kalau awal-awal lakukan persiapan, bajet pun tak lari kan. Selain boleh jimat duit, boleh juga jimat masa. Buat yang masih lagi sedang melakukan persiapan, takpe, masih ada masa berbaki. Jangan terlalu kelam kabut sampai salah buat persediaan pulak ya.
image source: Google
Baju Raya
Biasanya kalau kalian buat persediaan Raya, apa dulu yang selalunya dilakukan? Tempah baju? Aku rasa itu item no.1 dalam checklist sebab kalau takde baju raya, macam mana nak beraya. Ya tak? Tapi ada juga yang beli ready to wear je sebab senang kan. Bagi yang suka ikut saiz badan sendiri, harus tempah seawal dua bulan sebelum puasa katanya. Bagi aku, sepasang yang custome made dan dua pasang ready to wear untuk tahun ini. Ready to wear baju kurung aku dibeli daripada kawan Cik Kembar yang balik dari Vietnam. Dapatlah aku 2 helai yang ngam2 ngan saiz aku (besar juga dari saiz aku sebenarnya). Untuk custome made baju kurung, Kaknyah aku yang buat. Diakan mewarisi bakat menjahit mak. So, dialah yang jahit baju kitorang adik beradik.

Image source: Google
Kasut Raya
Haa...kalau dah ada baju raya, kasut raya pun mesti nak ada kan. Bercakap pasal kasut raya pulak, biasanya perempuan la yang paling sibuk cari kasut raya. Ehem..bukan untuk diri sendiri je tau. Bagi wanita yang dah berkahwin, kasut anak-anak nak kena cari, kasut suami lagi, diri sendiri lagi. Bagi yang bujang pula, selain untuk diri sendiri, pasti ada juga habuan untuk parents kan. Cam aku dan adik beradik, selain untuk diri sendiri, kasut mak dan anak buah kami adalah suatu kemestian. Mak cuma ikut kitorang gi shopping mall dan pilihlah kasut yang mana mak berkenan. Kami kuar duit je. Hahaha.. Untuk tahun ni, aku dah beli sepasang kasut yang sesuai untuk beraya dan bawa kerja sekali. Senang cerita tak pening kepala. Hahaha
Image source: Shawlby VSnow
Tudung Raya
Yang ni khas untuk kaum perempuan sahaja ya. Kalau ada lelaki yang pakai tudung, meh sini aku sekeh sikit. Hahaha.. Sekarang ni kan banyak kedai-kedai online yang jual tudung pelbagai jenis. Ada bawal, shawl, halfmoon shawl, tudung awning dan macam-macam lagi la. Pattern jangan kenang la banyaknya dah hampir-hampir serupa pun ada. Harga pun lebih kurang je setiap kedai. Tak cukup kedai online, kedai offline sudah jadi kemestian. Tempat paling best nak cari shawl atau tudung apa lagi, Jalan TAR la kan selain uptown dan downtown yang ada setiap hari dimerata tempat. Senang cakap, toksah nak gaduh pening kepala la kalau nak cari tudung ni. Tapi lain orang lain taste kan. Ada yang suka branded, ada yang biasa-biasa asalkan mampu menutup aurat. Untuk aku, ShawlbyVSnow adalah pilihan aku. Aku dah beli 3 helai shawl untuk hari raya ni.

Image source: Google
Songkok
Tak aci la kalau aku cakap pasal tudung je kan. Kang reader lelaki merajuk kat aku sebab cakap hal orang perempuan je. Hahaha. Songkok ni pun persiapan wajib Hari Raya sebenarnya. Caya tak kalau aku cakap, lelaki pakai songkok memang nampak hensem? Serious tak tipu. Kau rasa muka orang tu buruk camane sekali pun, bila pakai songkok tetap nampak manisnya. Sebab apa? Aku rasalah songkok tu buatannya memang nak bagi lelaki nampak hensem kot. Hahahah. So, yang lelaki dah ada pilihan jenama songkok apa nak beli? Ke korang guna yang tahun lepas je? Sebab lelaki kan selalunya sempoi dan tak suka membazir.

Image source: Google
Langsir Raya
Haa..ni mak-mak, isteri-isteri orang suka ni. Ye lah, langsir tu kan penyeri rumah. Rumah kalau takde langsir, masuklah cahaya matahari terik dan pastinya rumah tak berseri kalau takde langsir. Kakak-kakak sekalian dah beli langsir baru? Ke tempah langsir tu. Wah..mesti cantik langsir raya kali ni kan. Rumah aku tak tukar sebab tak sempat nak jahit. Nak beli rasanya tak sesuai je ngan rumah kerajaan ni. Ala, mak aku cakap tahun lepas ni elok lagi. So, tak yah bazir duitlah. Aku okay je sebab mana sempat nak jahit sendiri pun.

Image source: Google
Kuih Raya
Rumah sapa takde kuih raya tahun ni? Korang memang tak patut. Hahaha. Sebab apa? Sebab kalau orang datang rumah nak makan apa kalau takde biskut raya? Ke kalian rajin nak memasak setiap kali ada tetamu datang beraya? Wah..kalau betul bagai ditebak, memang aku tabik spring kat kalian dan ehem...silalah bagi alamat rumah. Boleh juga aku terjah. Kekekek. Sekarang ni dah banyak sangat orang jual kuih raya. Biasanya sebulan sebelum puasa ada dah sibuk bagi tester suruh kita rasakan. Kalau sedap dan berkenan dihati boleh juga beli. Tak gitu? Tahun ni catat sejarah aku tak beli kuih tunjuk. Bangga jap. Tahun ni aku berazam nak buat kuih raya sendiri. Alhamdulillah, dua jenis dah siap. Hujung minggu ni nak pulun buat lagi. Tapikan, rumah aku dah ada 11 jenis kuih raya termasuk kerepek sebab kembar aku terbeli dua jenis dan ada yang bos kakak aku bagi. Adoi..aku nak buat kuih lagi ni...aci tak? Hahaha

Image source: Google
Duit Raya
Haa...Yang ni kira item WAJIB bila tibe Hari Raya. Bagi yang dah dewasa cam aku ni, time ni la kita keluar sikit bajet untuk beri duit raya kan. Buat parents, untuk anak-anak dan sedara mara lagi begitu juga dengan yang bujang. Aku pun tak ketinggalan juga. Duit raya WAJIB untuk mak dan anak buah. Aku spend sikit untuk beri kepada anak2 rakan-rakan ofis yang rapat dengan aku. Kalian macam mana? Berilah setakat yang mampu ya sebab lepas raya pun duit nak pakai juga kan. Heheheh

OK..agak2 apa lagi item persiapan raya yang aku tak list down? Aku cuma list down yang aku kira penting je la. Kalau ada, silalah komen ya. 

9 comments:

  1. Lengkap da tu kak anim hehe
    Tak sabar rasanye nak beraya ^^

    ReplyDelete
  2. Lia nak juga yang persiapan last sekali tue... hehe

    ReplyDelete
  3. nampak mcm dah lengkap dah tue.. semangat nak raya kan.. ;)

    ReplyDelete
  4. saya dah malas nak shopping2 dh.. nanti licin duit.. selain berharap nk jmpa en.tunang je.. sobbss..
    baju dah ada..kasut, hndbg recycle je.. hehe

    ReplyDelete
  5. belum raya lg duit dh habis camne? hahaha...

    Selamat Hari Raya Anim! :)

    ReplyDelete
  6. ada yang tak list down lagi ni.. servis kereta. nak balik kampung kena servis kereta dulu. hehehe

    ReplyDelete
  7. huhu..byknya persiapan raya..teringin nk duit raya ni

    ReplyDelete
  8. ND: Hahaha..akak ni bersabar je Nad

    Darliana: Meh dtg raya umah akak meh

    Mrs Secretary: Semangat buat persediaan je lebih tp bila raya..biasa2 je

    Mimie: Sabar ye Mimie..doa supaya en tunang ada peluang jumpa

    Sally: Hahah..hampir nak sama je kita ni Sally

    Boni Kacak: Haha..yg tu saya KIV sebab keta saya masuk bengke...kekeke

    Jie Susanos: Saya pun teringin nak duit raya

    ReplyDelete
  9. tak sbr nak raya! deno ada 2 pasang baju raaya, mak dan kakak belikan... yeay!^^

    ReplyDelete

My friend say: