Thursday, August 22, 2013

Cik Pinky Kembali Ke Pangkuanku.

Assalamualaikum...

Pepagi ni sebenarnya busy ngan kerja tapi tetap gak nak curi sedikit masa nak cerita pasal kereta kesayangan aku. Oh ya, terima kasihlah kepada yang telah komen dalam entri Alahai Keretaku..Cik Pinky sebelum ini ya. 

By the way, nak bagi tahu yang kereta aku a.k.a. Cik Pinky telah kembali ke pangkuan aku. Gembiranya tak terkata tau. Alhamdulillah. Hari Selasa petang terima call daripada orang bengkel panel Kurnia Insurans beritahu yang kereta aku dah siap dibaiki dan boleh datang ambil bila-bila masa je. Tak terkata juga aku masa tu sebab beberapa hari sebelum tu kakak cakap yang taktau lagi status kereta camane.

Bila dah dapat call tu, aku cuma mampu ucap Syukur dan Alhamdulillah kerana Allah makbulkan doa aku pagi tu untuk dapat kereta aku secepat yang mungkin. Bersemangat terus rasa diri ni. Gembira hati tak terkata. Yelah, walau kereta tu bukanlah tahap keta Honda ke Toyota ke, tapi itulah kereta yang banyak berjasa pada aku kan. Itulah yang aku usung ke sana sini terutama nyawa aku nak pergi kerja.

Semalam masa ambil kereta tu, pemilik bengkel tu explain apa yang dia tukar baru dan apa yang masih boleh guna. Alhamdulillah, masa test drive semalam takde pape bunyi dan smooth je bawa keta tu. Dengan bangga dan semangatnya aku drive Cik Pinky pergi kerja. Senyum je bila tengok Cik Pinky dah okay. Hehehe
Okay...thanks again ya kepada rakan-rakan yang banyak bagi semangat dan bantu aku untuk bersabar dengan ujian Allah sebelum ini. Jasa kalian amat aku hargai.

Okay..till meet again

6 comments:

  1. yeaaaa da okey baby akak hehe
    boleh la datang amik Nad keke

    ReplyDelete
  2. adik sayang, kereta kita adik beradik... my car was called Baby Mia...same breed, same kind... *_^

    ReplyDelete
  3. Nad: ehehe, datang ngan kak ann ya

    Kak Farah, ye ke? hehehe, kita serupa la.heheh


    Sally: Thanks dear. Alhamdulillah

    Jie: Tu lah, happy sangat

    ReplyDelete
  4. cam baru terus nampk...
    semangat balik ler cik pinky dh ada nie..
    selamat memandu:)

    ReplyDelete

My friend say: