Tuesday, August 13, 2013

Anim & Ain..Kembar

Assalamualaikum...
Entri ni khas buat kawan-kawan yang bertanya tentang Cik Kembar aku, Ain. Hari tu Kak +Farah Waheda Wahid kita baru je tau yang aku ada kembar. Ye kak, saya memang dilahirkan sebagai kembar. 

Kembar aku namanya Ain. Nama penuh takyah cakap ya sebab kembar aku ni low profile katanya. Aku lahir 5 minit sebelum Ain, kiranya aku ni kakak kembar la. Walaupun orang-orang dulu ikut adat, katanya yang lahir dulu tu adik tapi Ain kata dia tak ikut adat sebab dia cuma ikut sains je. Ok2..hahaha

Aku dan Ain ni dah nama pun kembarkan, makanya banyaklah persamaan antara kami. Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah kami selalu satu kelas cumanya ada satu dua tahun tak sama kelas sebab Ain lagi pandai dari aku. Kalau dia kelas no.1, aku kelas no.2. Gitulah lebih kurang. Sekarang ni, keje kami pun beza sebab aku keje kat dalam pejabat, Ain keje dalam makmal. Haa..beza kan.
Tapi persamaan kami banyak sebab jiwa lebih kurang. Minat aku dan Ain kepada Korea tu sama cumanya aku tak sehebat Ain la. Selain tu, kembar ni, kalau sorang sakit, yang sorang tu boleh rasa tau yang kembar dia sakit. Macam kes aku dan Ain, kalau hari ni aku demam, bila aku sihat, Ain pulak demam dan begitulah sebaliknya. Kalau kata Ain takde selera nak makan, maka selera nak makan tu berpindah kat aku. Begitulah besarnya kuasa Allah menciptakan pasangan kembar yang mempunyai jiwa hampir serupa. Subhanallah.

Cumanya masa mak mengandungkan aku dan Ain, doktor dan bidan langsung tak perasan yang mak mengandung kembar. Hanya bila sedang melahirkan barulah tahu kami ni kembar. So, nama yang abah sediakan cuma Ain je. Jadi, nama aku ni kiranya pakai tangkap muat je lah asalkan ada iras-iras nama Ain. Hahaha...

Okay..itu cerita pendek mengenai aku dan kembar aku. Till meet again...

IKLAN

6 comments:

  1. oo kembar rupanya.. slmt ari raya..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Jie Susanos

    Akak pun sayang sangat kat Nad

    ReplyDelete
  3. bestnya ada kembar.. boleh berkongsi cerita sama2.. andai ada rezeki dari Allah, nti akk ber-2 boleh dapat ank kmbar pula.. =)

    ReplyDelete
  4. comel! kiut dua2... geram kak si kembar comel.. hihi^^

    ReplyDelete
  5. rindu dengan kak Ain n kak Anim :)

    ReplyDelete

My friend say: