Saturday, August 03, 2013

Alahai Keretaku..Cik Pinky

Assalamualaikum..

Ni aku tak tahu nak marah ke nak bersabar ke apa ke. Baru kejap tadi Kaknyah bagitau updates pasal kereta aku. Masih ingat lagi entri pasal kereta aku yang eksiden hari tu? Kan aku dah hantar kereta tu ke bengkel dengan harapan akan siap sebelum raya.

Dua minggu sudah berlalu, aku call Jack, runner yang 'tolong' setelkan hal-hal berkaitan claim insurance kereta. Tak silap aku, 2 days ago aku call untuk dapatkan updates terbaru. First time aku call dulu, dia kata dia demam, so tak kerja. Ok..aku ni kan bertimbang rasa, so aku terima lagi jawapan dia (padahal dalam hati tak caya). 

Nak jadi cerita, Ahad lepas aku saja lalu-lalu dibengkel tu untuk tengok keadaan kereta aku. Nak tau kereta tu dah mula dibaiki atau tidak. HAMPA bila tengok kereta aku tersadai macam tu je. OK..masih bersabar. Disebabkan kesibukan bekerja dan dengan appointment hospital bagai, hanya Khamis je aku berpeluang untuk call Jack tu dan HAMPA lagi bila dia kata dia pindah rumah dan tak dapat bagi updates pasal kereta aku. Aku ni kan ada sikit-sikit high temper bila orang yang sama berdolak dalik ngan aku ditambah dengan aku yang ada rasa was-was dengan si Jack ni. Makanya, aku pun dengan tak sengaja dah tertinggi suara kat dia. "Jack, dah dua minggu kereta I kat bengkel tu, takkan adjuster tak datang langsung?!" Itu ayat aku bila dia cakap, dia pindah rumah dan tak kerja hari tu. 

Kau ingat aku boleh percaya ke? Jangan ingat aku ni senang nak kena tipu okay. Aku ni boleh tau orang tipu aku ke tak melalui instinct aku ni tau. Jarang salah okay. 


Dan tadi Kaknyah call bengkel tu dan orang tu bagi jawapan yang dorang tak boleh buat untuk Kurnia Insurance. WHAT THE HELL?! Dah dua minggu baru cakap. Dah dua minggu kereta aku tersadai macam tu je. So, orang bengkel tu hantar kereta aku ke sebuah lagi diPuchong. Kaknyah call Jack dan sound direct je dia. So, memang tepatlah aku marah si Jack tu sebab aku tau dia menipu hari tu. Dia berdolak dalik sebab takut aku marah dia. Memang dasar kau ni Jack. Jangan ingat kalau aku ni perempuan, kau senang nak main-main, senang nak tipu. SORRY OKAY. Aku ni kalau dah hilang sabar, kena juga si Jack ni kang.


Kaknyah call bengkel kat Puchong tu tadi dan tanya pasal kereta. Minta alamat bengkel tu dan tanya bila adjuster datang. Aku cakap nak datang bengkel time adjuster datang tengok kereta aku. Aku takkan percaya buta-buta je kalau setakat dengar apa yang orang bengkel cakap unless aku depan mata. Kang dia tipu lagi tak naya aku..

OK..memang aku agak marah ni sebab Jack tu main-main buat keje. Aku ni perlukan kereta tu untuk ulang alik kerja. Kau ingat aku ni sengaja nak accident ke? Apa salahnya cakap terus terang masa aku call first time dulu. Ni tidak, berdolak dalik. Eee..kalau aku jumpa Jack tu depan mata, mau aku sekeh kepala dia.

Ok..aku nak pergi menyabarkan diri ni. Astaghfirullahalazim

  

9 comments:

  1. kesiannyer.. dah nak raya ni..

    ReplyDelete
  2. ejulz, tu la pasal..hancur harapan nak dapat kereta sblm raya

    ReplyDelete
  3. tumbuk muka dia *menghasut* hahahhaa

    ReplyDelete
  4. sabar ye..mgkn ada hikmah..kita x tahu..:D

    ReplyDelete
  5. dugaan bulan puasa... sabar ye kak anim...

    ReplyDelete
  6. uish.. jack tu memang tak patut lah buat kerja main-main macam ni.. sabar tau.. anggap ni dugaan masa berpuasa :)

    ReplyDelete
  7. Ya Allah , sabar ye . Ada hikmah disebalik kejadian .

    ReplyDelete
  8. kadang2 mmg banyak tipu ..huhu
    take care kak anim <3

    ReplyDelete

My friend say: