Tuesday, July 23, 2013

Sabar Je Laa

Assalamualaikum...

Hari ni aku tak kerja sebab dapat MC. Kenapa aku MC? Al-kisahnya aku kena penyakit alahan. Habis gatal seluruh badan. Gatalnya tak terhingga sampai bengkak-bengkak badan aku. Tuhan je la yang tahu betapa sakitnya badan aku.

Pagi tadi aku pergi Klinik Putrajaya. Dari pagi sampai tengahari baru selesai urusan. Kena cucuk dua kali, satu kat bahu dan satu lagi melalui saluran darah. Masa kena cucuk kat saluran darah ni yang aku tak tahan ni. Sakitnya, Ya Allah, aku dah faham kesakitan yang blogger Deno rasa sakit bila kena cucuk dengan jarum pelbagai warna tu. Lepas kena cucuk tu, dalam fikiran aku cuma ada Deno. Terbit rasa kagum dengan adik kita tu yang sentiasa kuat dan tabah hadapi sakit SLE. Semoga Deno sentiasa diberi kekuatan dan Allah merahmati Deno.

OK..masa Medical Asst. (MA) tu tengah cucuk ubat melalui saluran darah, kan sakit ya amat. Aku getap bibir je sebab sakit. Nak jerit kang, kalah budak kecik pulak. Sabar je la ya. Sempat MA tu tanya aku, sakit ke. Hahaha..nak aku gelak dengar soalan tu. Haruslah sakit kan..kalau tak takde maknanya aku nak getap bibir bagai. Sabar je la..

OK..selesai kena cucuk, aku terus ke kaunter farmasi dengan tangan yang sakit dan muka aku terus pucat. Seram sejuk macam nak demam. Nasib tunggu giliran amik ubat sekejap je. Lepas tu, drive balik rumah dengan tangan yang sakit nak pegang hand break dan gear.

OK.tu je buat masa ini. Dugaan lagi kan. Mari senyum dan sabar je la

OK..till meet again

10 comments:

  1. Allah sayang akak tue la diberi ujian dengan sakit.. InsyaAllah, terhapuslah dosa-dosa kecil ... :D .. semoga tabah menghadapi ujian nie..

    ReplyDelete
  2. Thanks Lia.InshAllah,akak cuba sabar ya dik

    ReplyDelete
  3. Ada salah makan kot..semoga cepat sembuh yer..:)

    ReplyDelete
  4. get well soon.. :)

    Singgah & follow disini..
    If free boleh singgah kembali..
    http://fizasaiza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Akak nad doakan akk cepat sembuh.:)

    ReplyDelete
  6. La tak mai cik akak pun adik nie...cik akak line tak bagus..tu yang susah nak masok belog adik nie...
    Sekarang amacam adik dah ok ke...Lepas nie adik hati2 soal pemakanan tau..cik akak doakan adik cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  7. sabar je lah...DIA nak uji tu...pe2 pun take k ek...
    (^_^)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. memang sakit... lagi2 kalau kat atas permukaan tgn tu.. take care ya kak :)

    ReplyDelete
  9. ooh salah makan ke ainim...semoga cepat sembuh ye....

    ReplyDelete

My friend say: