Tuesday, July 30, 2013

Random Updates

Assalamualaikum..

Hari ni seharian tak buka blog. Busy kat ofis plus aku banyak gerak sana sini, selalu takde kat tempat. OK..
Actually entri ni draft semalam tapi tak sempat taip sebab dah lewat malam kan. So, dah alang-alang ni, meh sini kita bercerita sedikit.

Tajuk pun random, maka apa yang aku nak update ni pun random pasal life aku. So, lets start now.
Aku akui yang aku ni seorang penggemar media sosial. Jangan kata aku ni gila pulak ya. Cumanya aku memang suka pada media sosial. Selain blogspot ni, aku ada Wordpress, Tumblr, Onioning, Formspring, etc. Tapi after few years, aku decide hanya untuk aktif dengan blogspot disebabkan aku lebih enjoy dengan blogspot. Wordpress pun okay sebenarnya cuma aku rasa platform blogspot ni cam lagi selamat je. Dalam beberapa bulan ni pulak aku tertarik dengan Tumblr. Aku memang dah lama ada akaun Tumblr cuma tak aktif sebab aku aktifkan Tumblr Malaysia ELF. So, akaun sendiri terabai.

Sejak aku mulakan refleksi diri since last year, aku dah mula kurangkan aktiviti Super Junior aku. Siyes tau memang tersangat kurang. Bukan taknak buat, cumanya aku rasakan diusia aku yang dah melangkaui usia 26 tahun (tahun lepas), aku rasa sudah tiba masanya aku menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian. Selalu aku tanya diri, sampai bila aku akan jadi fan blogger dan update kisah Super Junior hari-hari sedangkan aku semakin dihambat waktu. So, aku decide aku perlu cari sesuatu untuk alihkan perhatian aku dari Super Junior. Means that, kurangkan la fangirling dengan SJ ni. Masih minat cumanya sekarang ni terkawal sikit la.
Bercakap pasal blogspot, actually malam tadi sempat la edit sedikit page aku. Aku tambah dua page baru dan delete beberapa page yang kurasakan tak valid dah nak ada. So, aku dah link akaun Tumblr sebagai tambahan selain link Facebook dan Twitter. Buat masa sekarang ni aku masih selesa dengan blogskin aku. Simple dan tak pening kepala aku nak tengok. Maaf la kalau korang yang pening ya. Hehehe

OK..tadi aku ada mention pasal Tumblr kan. Buat korang yang ada akaun Tumblr, meh la follow aku ya. Ni akaun aku Ainim's World. Dalam Tumblr ni, aku lebih kepada gambar2 yang dah link dari Instagram aku selain post2 yang aku reblog dan buat sendiri. Tumblr ni aku jadikan blog untuk aku bermuhasabah diri selain berkongsi gambar-gambar menarik dari Instagram aku. Hehehe.

Ok..selain Tumblr, aku sekarang ni aktif di Instagram. Walaupun Instagram aku tak ramai follower, tapi aku memang enjoy sebab aku jadikan ia sebagai tempat untuk aku simpan gambar dan peristiwa menarik dalam hidup aku. Kalau dah namanya penggemar kamera kan. Haruslah wajib ada Instagram ni. Hahaha.
Kalau nak follow Instagram aku, dipersilakan, takde masalah ya.

Haa..ni ada berita baik lagi dari Nuffnang untuk aku. Actually aku terima CPUV ke-5 untuk bulan Julai ni. Semalam, masa buka akaun Nuffnang, check2, ada CPUV baru. Wah..baik hati Nuffnang kat aku. Sayang Nuffnang. Actually aku memang buka akaun Nuffnang aku setiap hari untuk check earning dan perkembangan terkini Nuffnang. So, apa2 hal senang la aku nak tahu kan.

Kalau tanya aku apa petua dapat CPUV setiap bulan, yang aku tahu aku ikut je apa-apa tips yang berguna daripada blogger hebat diluar sana. Tiada petua lain melainkan usaha tanpa jemu ya. Adatlah bila korang lambat dapat earning ke CPUV ke apa ke. Aku pun macam korang juga, dah bertahun dengan Nuffnang ni. Dari mula2 dulu sepatah haram aku taktau camane nak dapat earning sampai la sekarang ni, dah tau sikit-sikit tips dia, so aku jadikan panduan.

OK...itu dia random updates dari aku. By the way, aku tengah blog walking sebenarnya ni, tapi memandangkan aku tak sempat update apa-apa entri lagi, so, aku taip la skit supaya tak kosong blog aku ni.

Dah-dah...aku nak sambung blog walking ni. OK..till meet again

4 comments:

  1. wah betul random,,macam2 cerita dalam satu entri..menarik sangat..:D

    ReplyDelete
  2. hehe nice. :)
    sume social network ada hehe

    ReplyDelete
  3. fae pun ada tumblr tspi terabai hehehe

    ReplyDelete
  4. Sy pun byk gak dulutpi lpas khwin tggl.fb dan blog aje.. Yg lain en.somi x bg follow..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads