Saturday, July 13, 2013

Pengalaman Puasa Kali Pertama

Assalamualaikum..

Bila tiba bulan Ramadan, entri-entri kat blog selalunya berkaitan dengan perkara-perkara berkaitan puasa. Itu masa awal-awal bulan. Nanti bila dah masuk pertengahan dan penghujung Ramadan, lain pula ceritanya kan. Ok2..mari kita mulakan cerita ya. Entri kali ini pendek saja (boleh caya ke pendek?).
Nak tanya ni, korang pertama kali puasa masa umur berapa tahun? 4 tahun? 5 tahun atau 6 tahun? Atau mungkin 7 tahun? Aku mula belajar puasa masa usia 6 tahun kalau tak silap aku. Masa tu aku tak faham bahasa pun pasal apa benda puasa ni. Masa mak explain kat aku pun bukannya aku faham sangat pun. Angguk je kepala tapi dalam kepala blur kot. 

Masa first day puasa, aku ni kira jiwa kental la juga. Pagi bangun sahur ok dah. Biasalah budak-budakkan, mana tau penat walaupun seharian tak makan. Itu aku la. Budak lain aku tak tau la ya. Nak jadi cerita, petang dalam pukul 4pm tak silap, aku pergi rumah jiran sebab nak main ngan kawan. Mak kawan aku tu tengah masak juadah buka puasa. Haa..disinilah jadinya cerita puasa yang hampir terbatal.

Kawan aku tu tak puasa sebab dia kecik dari aku lagi. Nak jadi cerita, makcik tu kan tak tau yang aku ni puasa. So, confident je makcik tu bagi makan kulit ayam goreng. Aku kan budak lagi, mana la tau yang puasa tu xleh makan sampai bila. Dengan selamba dan sangat confident, aku makan je la. Dah orang bagi kan. Sekali masa mak aku cari aku ngan kembar, mak nampak kitorang makan. Apa lagi, mak panggil balik. Mulanya mak macam nak marah tapi lepas tu mak terangkanlah yang puasa tak boleh makan.
Sejak dari hari tu, kalau puasa, mak suruh duduk rumah sebab takut kitorang pergi makan kat rumah jiran. Hahaha. Alhamdulillah, kalau ikut cakap mak, aku dan adik beradik takde masalah ponteng puasa ke, tak larat ke apa. Sampai la dah dewasa ni, Alhamdulillah. Hehehe. Kalau ingat balik, best juga sebab makan tanpa rasa bersalah. Kalau buat time sekarang ni memang nak kena penyekeh mak la kan. Hahhaa

Sekarang ni bila tengok anak buah aku, Aisyah berpuasa, teringat zaman kitorang kecik dulu. Haa...korang pula macam mana pengalaman pertama berpuasa? Share la sikit dengan aku. Aku ni suka dengar orang bercerita pengalaman dorang. Share ya kat comment box bawah ni.

Ok...till meet again
IKLAN

4 comments:

  1. hehe..masa kecik-kecik kita memang tak tau ape2,.

    ReplyDelete
  2. Diya, kan.puasa masa zaman kanak2 best

    ReplyDelete
  3. salam... kak mia dah review entri ni...

    http://www.mialiana.com/2013/08/review-4-pengalaman-puasa-kali-pertama.html

    ReplyDelete

My friend say: