Monday, July 08, 2013

Old Malaya Kopitiam @ Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum rakan-rakan semua..

Ni cerita last week masa aku gi Jakel Shah Alam. Kisahnya, lepas habis exam aku dan family pergi ke Shah Alam sebab nak pergi Jakel beli kain untuk buat baju raya. Memandangkan kitorang jahit baju sendiri je, jadi kain beli lambat pun tak kisah. 

So, sesampai je kat Shah Alam, kitorang singgah cari makan dulu sebab dah lapar. Kitorang singgah kat Old Malaya Kopitiam. Korang yang dah biasa kat Seksyen 7 tu mesti tau kan tentang kopitiam ni. Aku yang setahun sekali ke Shah Alam je la yang baru je makan kat sini. Hahaha...first sampai terus datang menu book.

Haa, yang ni aku kagum sebab cover menu book dia sebab dah macam buka latihan sekolah tu. Siap ada kiraan darab bagai kat back cover menu book ni. Memang old school sangat ku rasa. Menu dia standard la macam Old Town, Paparich tu sebab nama pun kopitiam kan. 
So, kat bawah ni la menu yang kami order. Range harga standard juga macam Old Town semua tu ya. So, dah boleh agaklah berapa harga ya. Nasi goreng ni ikut tekak kembar aku kurang sikit. Biasa2 je katanya. Tapi habis juga sepinggan. Hahaha
Yang ni aku punya order. Chicken wrap tak silap aku. Sedap sebab dibalut dengan roti nan ke tortila ke aku pun tak sure. Complete la untuk aku sebab tak terlalu heavy dan kenyang tau makan wrap ni. Harga pun dalam RM9.90 kalau tak silap aku la. 
Roti ngan omelette ni kembar aku order. Ikutkan ini adalah breakfast menu tapi dah jadi minum petang la pulak. Sedap dan boleh makan dua orang sebab roti tu tebal kot. 
Yang ni sago gula melaka, Kaknyah aku order. Sedap dan manisnya pun balance. 
So, itulah cerita untuk kali ini. Maaflah aku selalu sangat share pasal makan-makan ya sebab family aku selalu jenjalan cari makan. Hahaha

Ok..till meet again.

IKLAN

3 comments:

  1. kalo fae datang ksemenanjung, belanja fae makan di OMK ye kak :p

    ReplyDelete
  2. InshaAllah Dik..nanti nak datang semenanjung beritahu ya

    ReplyDelete
  3. wah nampak mcm sedap yg chicken wrap tu...

    ReplyDelete

My friend say: