Thursday, July 18, 2013

Lukisan Seorang Kanak-kanak

Assalamualaikum..

Dah tengok entri Wordless Wednesday semalam? Kalau belum sila klik link ini ya.

OK..kisahnya, anak buah aku yang seorang tu, Aisyah Mastura, suka sangat melukis. Dia ni kalau bagi pen ke, pencil ke waima marker pen sekali pun memang jalan je. Laju je tangan dia melukis. Kiranya hobi melukis tu memang develop dalam diri dia. Ntah sapa dia ikut pun aku tak sure. Nak kata mak dia pandai lukis, kelaut kot. Hahah..makcik2 dia ni pun serupa je.kekeke
Tapi satu yang aku perasan tentang anak buah aku ni, dia seorang yang pandai berimaginasi. Korang bagi dia satu subjek dan suruh dia lukis. Dia boleh interpret sesuatu benda tu mengikut idea kanak-kanak dia. Maka terjadilah lukisan-lukisan seperti dibawah ni. 

Al-kisahnya, masa tu kan dah nak puasa. Ada dalam lagi 3 hari kot. Dia cakap kat mak aku yang nanti dah nak puasa. Masa tu dia tengah pegang pen dan buku ni la. At the same time, aku dan mak tengah duduk rehat kat balkoni rumah. Tibe-tibe dia cakap kat mak aku jangan gerak. Mak aku pun layan je la. Dalam 10 minit lebih kurang kot, dia tunjuk kat mak aku hasil lukisan dia.

Amik ko..mulanya aku tergelak juga tapi last2 terbit rasa kagum pada budak kecik ni. Aku tanya dia, ni siapa? Dia cakap, "Ni, Aisyah dengan Opah la". Aisyah pesan kat kawan-kawan, puasa tau jangan tak puasa. Alahai Aisyah ku sayang. Bijak je nak bagi nasihat kat orang. Aku tanya, macam mana boleh terfikir nak lukis ni. Dia bagitau yang puasa dah nak dekat dah. Nanti dia nak puasa jadi kena la pesan kat kawan-kawan sekali. Hahahah..tergelak2 aku.
Walau apa pun, aku suka tengok gambar tu. Dia lukis gambar Opah dia siap ada kerut2 kat dahi dan ada tongkat sebab Opah kan dah tua katanya. Ahahaha... Gambar kat bawah ni pulak aku pernah cerita kat satu entri Wordless Wednesday ni. Gambar ni, dia terfikir nak makan ais kerim tapi dia segan nak cakap kat kakak aku. Makanya, dia lukis gambar ni dan kemudian tunjuk kat kakak aku.

Kakak aku tanya dia nak ais kerim ke. Tersipu-sipu dia jawab ya. Hahaha..Alahai..Nasib masa tu abang ipar aku tengah on the way balik keje, sempatlah belikan ais kerim utk si kecik ni. Hehehehe.
Begitulah kisahnya Wordless Wednesday #1 semalam. Aku harap minat Aisyah pada melukis akan terus kekal kerana dari situ dia boleh belajar menjadi seorang yang kreatif. InshaAllah

OK..till meet again
IKLAN

3 comments:

  1. alolo...hihi...comelnya cara dia dik..:)

    ReplyDelete
  2. nanti bila dah besar blh jadi pelukis professional :)

    ReplyDelete
  3. die ikut ayah die. kalau ikut mak die memang ke laut... hehehe

    ReplyDelete

My friend say: