Thursday, July 18, 2013

Lucky Draw - KFC Voucher

Assalamualaikum...

Hari ni seharian tak buka blog. Sangat busy dengan kerja-kerja dipejabat. Pepagi ada meeting dengan orang IT untuk enhancement Training System. Lepas tu kena proses sijil peserta PTM untuk pengesahan jawatan lagi. Huh..apa pun, dah ada kat rumah, no hal keje ok..tinggalkan.

Jom kita mulakan cerita.

Wordless Wednesday #2 aku ada share gambar KFC Voucher. Ada kisahnya kenapa dapat voucher tu.
Hari Sabtu lepas, aku sekeluarga keluar ke Alamanda untuk membeli hadiah hari jadi anak buah kitorang Aisyah. Apa hadiahnya, nanti aku akan buat entri lain ya.

Selesai beli hadiah Aisyah, kami singgah beli ke AEON Big sebab nak beli barang dapur sikit. Sekadar nak buang masa sebelum ke Rasamas untuk berbuka puasa. Masuk2 je AEON tu, kami terus disapa seorang jurujual yang sedang promote Kellogs Cornflakes. Ada promosi katanya. Jumbo pack size tu harga asal dalam belasan ringgit tapi hari tu cuma RM5.90 je. Kalau beli 3 kotak, akan dapat Kellogs Choco Ball dan buku resipi secara percuma DAN berpeluang dapat cash voucher KFC RM5. Haa..walau RM5 tapi tetap ada nilaikan.
So, kami accept je offer tu. Lepas bayar semua barang, kami kembali kepada jurujual tersebut untuk tebus gift yang kami dapat. Masa tu jurujual tu minta aku untuk putar roda berputar tu. Untung aku sebab putaran menjadi dan dapatlah Cash Voucher tu. Hehehehe.. simple je cerita ni. Lepas selesai iftar di Rasamas, terus pergi KFC untuk tebus cash voucher. Dapatlah diskaun masa beli tu. 
Begitulah ceritanya. Cash voucher dah setel, tinggal buku resipi tu je belum habis dibelek. Memandangkan tahun ni kami plan nak buat biskut raya sendiri, eloklah juga dapat buku resipi percuma ni kan. Hehehe.. 

OK..till meet again

4 comments:

  1. Baru nak minta share, dah ditebus...
    Hehehehehe..

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam insya-Allah boleh..

    by the way,.. alhamdulillah dengan izin Allah SWT anda dapat quran yang diminta.. insya-Allah saya akan hubungi anda email pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti saya akan minta nama penerima,alamat penerima dan nombor tel penerima.. kalau tak dapat email tu,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.

    ReplyDelete
  3. heee best best. dapat voucher tu. aik da redeem? keke

    ReplyDelete
  4. dh ada buku resepi tu..boleh la bt kuih raya byk2..hiksss:D

    ReplyDelete

My friend say: