Thursday, July 18, 2013

Kad Raya Pertama

Assalamualaikum semua.

Semalam masa sampai rumah, sempat check peti pos. Manalah tahu kot-kot ada surat ke apa ke kan. Buka peti surat, tengok-tengok ada katalog. Haih...ni boleh bagi Aci kawan mak untuk jual ni. Hehehe. Masa nak masuk lift, sempat selak satu persatu surat dan dokumen yang ada. Haa...sekali ada sampul surat kecil attention to me.

Eceh..dalam lift kemain excited nak buka. Tapi sabar ya Anim. Heheh..Masuk rumah, letak beg terus masuk bilik jumpa mak. Buka sampul,...taraaa...Kad raya daripada Blogger Eqbal Zack. Senyum aku. Maklumlah, kad raya pertama kot untuk tahun ni. Giler awal aku dapat walaupun baru seminggu berpuasa. So, apa lagi, amik gambar upload dalam instagram. Hahha

Mak tanya, siapa ni? Sebab mana pernah dengar aku ada kawan nama Eqbal kan. So, aku explain kat mak yang Abang Eq ni blogger popular. Mak cakap, baiknya la bagi kad raya. Hahaha..Ok..kad pertama dah dapat. Sebenarnya aku baru je terhegeh-hegeh nak gi cari kad raya hujung minggu ni. 
To Abang +eqbal zack , terima kasih banyak-banyak sudi bagi kad raya kat saya ya. Appreciate that. Nanti saya gantung kad raya ni ya. Heheheh.

Haa..aku tengah dok belek2 komen aku untuk cari siapa yang paling rajin komen kat blog aku. Nanti dah jumpa aku war-warkan ya. Baiklah, setakat ni je dulu.

OK.till meet again

4 comments:

  1. waahh
    dah dpt kad raya dah
    hehehe
    tngu kad raya MATRADE

    ReplyDelete
  2. AJ 1 kad raya pun tak dapat lagi tau.....
    Hehheheh..
    Takde orang nak bagi...
    Sob sob sob...
    Sedih tak??
    Hahahhaha.. =P

    ReplyDelete
  3. awalnya dh kad raya...hehe terbaik!^^

    ReplyDelete

My friend say: