Monday, July 22, 2013

Corat Coret Ramadan: Kad Raya

Assalamualaikum semua..

Bila tiba bulan Ramadan, antara perkara yang sering kita lakukan adalah menulis kad raya. Ye tak? Ye tak? Haa...aku pun sebenarnya tak ketinggalan untuk menulis kad raya. Walaupun zaman sekarang dah maju dengan teknologi canggih dan kita ada sistem message yang sangat mudah, jimat dan murah seperti emel, tapi penggunaan kad raya sebagai perantara adalah ibarat suatu kewajipan. Jangan nafikan kepentingan kad raya ni ya.A

Kenapa kad raya? Sebabnya kad raya ni punya nilai sentimental value yang susah untuk kita ungkap dengan kata-kata. Penggunaan kad raya telah diamalkan sejak turun temurun gitu. Ye la, zaman dulu mana la ada emel bagai ni semua dan kalau ada pun, penggunaannya adalah terhad kerana teknologi yang belum begitu maju untuk dinikmati oleh setiap warga Malaysia kan.

Baiklah, aku nak tanya korang, masa korang bergelar pelajar sekolah dulu, berapa banyak kad raya korang dapat? Mesti korang ada bagi dan terima kad raya kan. Aku ingat lagi zaman sekolah dulu zaman dimana emel2 ni tak mengembang lagi, bila tiba je dah 2 minggu puasa, memang sibuk cari kad raya. Aku dan kembar biasanya pergi shopping mall sebab nak cari kad raya. Meriah tau nak cari kad raya tu. Dah macam cari apa tah. Juling mata tengok kad raya yang bermacam jenis.

Tu belum kira berapa orang nak dibagi. Aku dan kembar je dah berapa, belum masuk kad raya untuk adik beradik mak lagi. Haa..memang best kot nak cari kad raya ni. Nasib mak sporting, layankan aje anak kembarnya ini. Bila dah pilih kad raya, kitorang akan gilir2 menulis supaya fair. Al maklumlah kembar kan. Hehehe

Tapi yang paling menarik bagi kami ialah, disebabkan kami ni bersekolah disekolah yang bercampur dengan student Cina dan India, biasanya aku dan kembar akan turut terima kad raya daripada kengkawan Cina dan India sekali. Tu yang best sebab dapat extra. Hahaha... so, every year memang dapat kad pelbagai jenis. Meriah sangat.

Bila dah nak dekat raya, maka kad yang kitorang dapat tu akan dikumpulkan sekali dengan kad raya yang kakak-kakak terima. Then, baru susun untuk gantung. Time gantung ni best sebab excited semacam. Gantung kat dinding dan buat macam2 corak. Konon nak bagi cantik la katanya.

Itu zaman kanak-kanak ribena. Kini semuanya berubah seiring dengan peredaran masa dan teknologi. Sekarang ni, kad raya masih lagi mendapat tempat cumanya makin berkurangan kerana digantikan dengan rangkaian perhubungan sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan instant messaging seperti WeChat, LINE, KakaoTalk dan sebagainya. Orang sekarang ni nak jimatkan masa dan juga kos.

Memang tidak dinafikan yang penggunaan instant messaging dan SNS seperti Facebook semua tu menjimatkan masa cumanya sentimental value tu dah semakin berkurangan. Kalau dulu time raya nak hias rumah, kad raya antara perhiasan wajib tapi kini hampir je tinggal kenangan je la. Kalau ada pun, kad raya yang kosong je la. Hehehehe

Bagi aku, kad raya tetap penting. Justeru, aku setiap tahun memang takkan pernah lupa untuk kirimkan kad raya buat sahabat handai dan kaum keluarga yang jauh. Ye la, nak jumpa selalu memang susah kan. Nak beraya pun mungkin juga payah, so kad raya ni ibarat pengganti diri tanda mereka tak pernah luput daripada ingatan. 

Haa..tahun ni aku tetap akan bagi kad raya pada sahabat2 aku seperti biasa. Alamat rumah dah ada cuma kad belum ada sebab tak sempat lagi nak beli. Ingat dalam minggu ni juga aku nak pegi beli. Kalau la MATRADE ada bagi kad raya macam tiap2 tahun ok juga. At least ada kad yang istimewa sikit. Special edition katanya. Hahaha..

Korang macam mana pula? By the way, nanti aku nak check balik dalam komen blog ni siapa yang paling banyak komen kat blog aku. Kalau ada rezeki aku nak la juga hantar kad raya kat pengomen terbanyak tu. Hehehe..Gambar kat atas tu antara kad raya yang aku dapat tahun lepas. Hehehe...baiklah, setakat sini dulu ya.

OK..till meet again

4 comments:

  1. wow akk pun tulis juga kad raya. yeaaaaa xD

    ReplyDelete
  2. dulu mmg xprnh miss anto kad raya..yg plg seronok bila bertanding sesama adik beradik sapa dpt plg byk kad raya..hehheehe..seronok sgt!! tp skrg dh xde dh..sedey nye... :(

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nad: Hehehe...kad untuk nad ada..wajib tu

    Munirah: Sama la kita cumanya skarang ni , saya dapt skit je la compare masa zaman skolah dulu

    ReplyDelete
  4. yeaaaa /jumpjump/ keke
    nad x abes agy tulis kad raya. otw nak siapkan hehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads