Wednesday, July 10, 2013

Bubur Lambuk

Assalamualaikum 

Bila tiba bulan Ramadan, apa menu yang korang rasa paling gah, meletop dan famous amos sekali? Kalau tanya aku, jawapan aku tak lain tak bukan adalaha bubur lambuk. Hmm..yummy.
Credit: MAHAGURU58
Aku ni dulu masa kecik-kecik tak reti nak makan bubur lambuk sebab tengok ada macam-macam dalam bubur ni. Dengan segala macam tah apa-apa dalam tu dengan warna yang agak gelap, terus takut nak makan. Ye la, itu time kanak-kanak dulu. Tapi, semakin aku meningkat remaja, aku mula belajar makan bubur lambuk dan mulai suka sehnggalah sekarang ni.

Cakap pasal bubur lambuk ni, bubur lambuk Kg Baru paling famous in the town katanya. Tapi aku jarang makan bubur lambuk tu sebab aku jarang pergi sana. Tapi kalau teringin bubur lambuk tu, sesekali dapat juga bubur lambuk kat Masjid Wilayah sebab dekat dengan ofis aku. Hehehe

Aku nak kongsi resipi bubur lambuk kat sini tapi harus diingat kerana ini bukan resipi aku dan aku tak pernah sekali pun masak bubur lambuk ni. Resipi ni aku ambil daripada website Karangkraf

BUBUR LAMBUK AYAM - Credit: KARANGKRAF
Waktu memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 2 orang

BAHAN-BAHAN:
100gm beras
4sm halia
300gm ayam | diracik halus
2 helai daun bawang
100ml minyak sapi
1½ liter air
500ml santan
Sehelai daun pandan
 
BAHAN TUMIS (DIHIRIS):
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan air bersama beras dan biarkan hingga nasi kembang.
3. Masukkan garam, santan dan juga ayam yang telah diracik halus. Biarkan hingga mendidih.
4. Taburkan hirisan daun bawang dan hiaskan bersama hirisan daun kantan.

Korang cubalah resipi ni..nanti aku pun nak cuba..harap menjadi la..hehehe

OK..till meet again.

IKLAN

7 comments:

  1. emmm... bubur lambuk! biasanya bulan puasa mestia da... sedap2!:)

    ReplyDelete
  2. salam. bubur lambuk ni penuh dgn segala khasiat..

    ReplyDelete
  3. Deno: Kan..sedap sgt..hee..teringin pulak nak makan bubur lambuk hari ni


    Abe Kie: Betul tu, sebab tu arwah abah saya suka sgt

    ReplyDelete
  4. fae x makan bubur lambuk. kalo bab bubur ne fae agak choosy sikt hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fae, akak dulu pun tak makan tp bila dh besar ni cuba makan..sedap

      Delete
  5. sedapnyaaaa bubur lambok..baru semalam mak sy buat..hehe

    ReplyDelete
  6. woaaa lama tak makan bubur lambuk.. nak pi cari la keke

    ReplyDelete

My friend say: