Friday, July 12, 2013

Buah Tangan Ramadan

Assalamualaikum..

Kali ni entri autopublish ya. Maaflah, bulan Ramadan ni memang busy je.

Petang semalam warga ofis aku terima sumbangan ikhlas berbentuk cenderahati daripada Takaful Ikhlas. Cenderahati tu punyalah berbungkus elok je. So, mula2 kita amik gambar dulu ya. "Click". Haa...gambar dah amik dah. Tadaaa..kat bawah ni la gambarnya. Hehehe..tapi tak buka lagi ya sebab tengah banyak keje. Kita concentrate buat keje sampai rumah nanti buka ya. 

OK..sampai je kat rumah, lepas berbuka baru teringat nak buka gift ni. Buka depan mak sebab mak nak tengok. Tapi sebenarnya aku dah tau apa benda dalam kotak ni. Hahah..
Haa...tak lain tak bukan, kurma lah dalam kotak ni. Biasalah bulan Ramadan kan. Xkan dia nak bagi biskut raya pulak kan. Lama lagi kot raya. Hehehe..Tapi kurma ni tak buka lagi sebab kurma yang kakak aku dapat daripada bos dia pun belum habis lagi. Ok..gitulah cerita buah tangan Ramadan aku. 

Ok..till meet again.

No comments:

Post a Comment

My friend say: