Wednesday, July 17, 2013

Berbuka Dengan Bubur Lambuk

Assalamualaikum semua..

Last week aku ada buat entri berkenaan dengan Bubur Lambuk. Aku buat entri tu untuk share resipi tapi seriously memang aku tak cuba pun. Bubur biasa reti la kot nak buat. Heheheh..

Aku ni memang suka bubur lambuk. Kata orang bubur lambuk Kg. Baru paling best tapi kejadahnya aku nak ke Kg Baru semata-mata sebungkus bubur lambuk kan. Mana sempat aku nak ke sana sebab aku balik keje 4.30pm direct terus ke Putrajaya. So, memandangkan office aku dekat je dengan Masjid Wilayah, memang senang jugalah aku nak dapatkan bubur lambuk ni.
Semalam, aku, Azima dan Kak Ida sempat keluar sekejap ke Masjid Wilayah semata-mata nak ambil bubur lambuk. Bukan ponteng kerja tau. Disebabkan jarak yang betul2 dekat tak sampai 5 minit pun, kitorang pergi kejaplah ambil. Kalau lambat confirm kempunan. Pukul 4pm kadang tu dah abis. 

Alhamdulillah, merasa juga makan bubur lambuk Masjid Wilayah tu. Sedap sangat sampai bawa ke sahur sekali. Heheheh. Enak rasanya macam bubur lambuk Kg Baru juga. Mak aku pun suka sangat bubur lambuk tu. Korang yang tinggal dekat area Jalan Duta, jangan lupa singgah Masjid Wilayah untuk dapatkan bubur lambuk ni tau. Tak silap aku sebelum pukul 3pm dah mula pengagihan bubur lambuk tu. Ala-ala drive-thru je pun, tak perlu susah payah nak keluar dari kereta. Kalau nak bersedekah pun boleh sebab ada tabung amal disediakan.

Oklah..begitulah kisahnya aku dan bubur lambuk. OK..till meet again.

p/s: Jumaay 19 Julai ni Biro Agama ofis aku pula buat pengagihan bubur lambuk. Alhamdulillah, memang rezeki murah dibulan Ramadan

IKLAN:

2 comments:

  1. sedap bubur lambuk.. teringat bubur lambuk kg baru. masa kerja KL, memang selalu dapat melalui kementerian..

    ReplyDelete
  2. bubur lmbuk!!yeahh fav sy jugak ni!!^^

    ReplyDelete

My friend say: