Wednesday, July 03, 2013

Alahai Cik Pinky Ku Sayang

Assalamualaikum semua.

Hari ni adalah hari paling tak best buat kereta ku tercinta, Cik Pinky. Kenapa? Cenggini ceritanya. Last week aku beli album Inteam yang terbaru. Sampai je album tu, aku dah siap ripped album tersebut sebab nak letak dalam thumbdrive. Malam tu nak balik rumah dari office, aku dengan semangatnya la nak main CD tu kat kereta. Maklumlah, along the way aku balik rumah tu bolehlah kiranya aku melayan lagu-lagu Inteam supaya hilang kebosanan meredah jam malam jemaat tu.

Sesampai je kat rumah, aku macam biasa la nak eject CD tu daripada player. TETIBE, bunyi pelik keluar dan CD tu tak keluar pun dari player dan CD tu main balik. Eh, apa hal pulak ni? Aku try lagi tekan button eject tu. Pun tak boleh. Aku try tutup radio tu, then switch on balik dan try eject lagi sekali, pun tak jalan. Hmm, aku try pulak matikan enjin keta dan restart enjin dan switch on balik radio. Sekali, amik kau. Semua setting radio dan jam berubah. ALAMAK!!! Ya Allah, dah kenapa pulak radio ni? 

Sedih wooo aku. Terus naik ke rumah dengan hati merajuk. Ngadu kat mak dengan kembar aku. Sekali kembar cakap, "Yang ko pergi main CD tu apahal. Asal tak main je mp3 tu." Aku jawab," Mana tau nak jadi cenggini". Hmm..kembar cakap, kita tengok esok camane. Mana tau kot boleh. Esok paginya masa aku nak keluar dengan kembar gi FOC kat Menara MATRADE tu, aku try lagi pun xjalan juga. SAH! Radio aku meragam. Jangan CD tu pun rosak dah la.

Hari Isnin, aku drive keta ke ofis, nak dengar radio, terus je CD tu main. OK, faham2. Dia tak mau aku dengar radio Ikim tu. Dia suruh aku dengar lagu kat CD. Pagi tu sampai ofis, aku call Perodua Putrajaya. Appointment aku ditetapkan pada hari ni, Rabu. Masa jumpa service advisor tu, mamat tu cakap dengan sopan sekali, kalau technician takleh buat, dorang kena hantar ke vendor. OK lagi tu tapi yang tak bestnya, radio tu kena remove dari keta dan it will take about 3 weeks to 2 months untuk baiki radio tu. 

MAK AIIIII...dah kenapa lama sesangat? Baik je setahun kan. Aduh...kalau aku cakap xyah, kang radio aku sampai kesudah tak berbaik. So, dengan berat hati aku redha je dia cabut radio aku untuk bawa jumpa vendor. So, begitulah cerita tak best kereta aku pepagi ni.

Ya Allah, dugaan lagi untuk aku. InshaAllah, aku ok dan masih boleh senyum. Ada hikmah disebalik semua ni. Harapnya radio aku tu takde la melampau sangat lamanya nak dibaiki. Kepada Cik Pinky ku sayang, sabar ek. Tuan mu ini nak bagi ko betul2 sihat. Nak tergelak aku bila tengok dashboard keta aku ada rompong. Hahahah..berlubang tah macam apa tah. Sunyi la aku lepas ni kalau drive. Mau aku letak radio kecik dalam keta aku lepas ni...kekeke

Baiklah, sekian cerita hari ni. Ops, mamat Perodua tadi pesan kat aku suruh service aircond keta sebab dah masuk 3 tahun keta tu. OK..Alahai Cik Pinky ku sayang, maaf le buat ko jadi kurang comel seperti selalu.

OK..sekian, till meet again.
p/s: Thank you Nuffnang for new CPUV Campaign today

5 comments:

  1. nasib baik boleh cabut radio, kalau tak lagi naya, nak kena hantar dgn kereta2 sekali..lama tu...hehe

    ReplyDelete
  2. keta warna pink ke...hihi...la cian betol :) sabar ya

    ReplyDelete
  3. alahai!!!!cd radio meragam yek....x pe...biar lambat janji elok!!!huhuhuhuhh!!!

    ReplyDelete
  4. Nory: Tu la, risau tau masa nak call Perodua..terasa je dia kata hanto keta kat vendor..hahaha

    Nao Mei: Cik Akak, keta kita warna pink..nanti CIk Akak nak semenanjung kita bawa akak jenjalan ngan keta kita ya

    P#eonix: Tu la, reda je hati ni..tapi sunyi la saya drive keta lepas ni

    ReplyDelete
  5. laa...sayangnye cd tu xleh main

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads