Sunday, June 09, 2013

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum semua.
Tepat pukul 12am, genap umur mak aku 57 tahun. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk mak bernafas dimuka bumiNYA ini. Syukur Alhamdulillah.
Mak aku lahir pada 9 Jun 1956 iaitu setahun sebelum Malaysia diisytihar merdeka. 
Mak merupakan anak bongsu daripada 10 adik beradik. Kira anak manja la Mak ni.

Selamat Hari Lahir ke 57 Mak. Syukur Alhamdulillah, Anim punya ibu sebaik Mak. Harta yang paling bernilai untuk Anim didunia ini. Takde Mak, takdelah Anim kat dunia ni. Terima kasih kerana menjadi mak yang sangat baik dan sangat memahami Anim dalam apa juga keadaan. Tanpa Mak, Anim taktau macam mana nak harungi hidup ini. Mak sumber kekuatan Anim untuk teruskan kehidupan. Terima kasih diatas segala pengorbanan dan susah payah mak selama membesarkan kami adik beradik dan menjaga arwah abah semasa arwah sakit dulu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, aku bersyukur kau telah lanjutkan usia ibuku buat kesekian kalinya. Berilah Rahmat-MU buat kehidupan ibuku. Kuatkanlah dia dalam mengharungi dugaan dan cabaran hari-hari mendatang. Berilah dia kekuatan untuk mengharungi dugaan penyakit yang dihidapinya. Kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihani aku semasa kecilku. Lindungilah dia dari sebarang perkara yang tidak diingini. Panjangkanlah usianya agar aku dapat terus berbakti buat dirinya. Amin

7 comments:

  1. sweetnya :) happy birthday to mak ainim. semoga selalu beroleh kesihatan dan dipanjangkan umur. aminn

    ReplyDelete
  2. semoga panjang umur dan murah rezeki yee, mak cik.....
    rindu mak pulak..haha

    ReplyDelete
  3. Roslita: Terima kasih ye. Nanti saya sampaikan kat mak saya ye

    Izham: Terima kasih ye. Rindu kat mak? Pegi peluk dia sekarang..mesti best peluk mak

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir ye makcik...semoga sentiasa berada dibawah lindunganNYA :)

    ReplyDelete
  5. aamiin. moga ibu sis diberi kesihatan yg baik.
    sama la kaler sandal mak sis ngan kasut sis nyer

    ReplyDelete
  6. like mother like daughter. Happy Birthday Makcik :)

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday utk mak akak! :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads